Pertama kalinya musim ini ManU telah dipintas oleh Liverpool sejak dari awal musim ini dan kita gah berada di singgahsana awal November lalu. Kebanyakan peminat terasa bagaikan kembali ke masa lampau.Tapi persoalannya sampai bilakah ini akan bertahan. Walaupun ManU kurang dua perlawanan, namun perkiraan jika mereka menang kedua-dua perlawanan tersebut keputusannya mereka akan berada diatas. Lawan meraka nanti adalah Wigan dan Bolton. Wigan mungkin boleh memberikan kejutan, tetapi Bolton mungkin tidak berupaya menyekat Setan Merah.
Selepas perlawanan Stoke tempohari tiba-tiba saya rasa berubah dari peminat optimis kepada pesimis. Entah perlbagai andaian dan keraguan berada dalam fikiran. Walaupun saya masih menaruh sepenuh kepercayaan kepada kebolehan Rafa, namun rasa sangsi tiba-tiba muncul. Sebab itulah semua peminat dan pemerhati bolasepak tidak dapat menduga falsafah beliau. Mungkin ramai yang faham yang beliau menggunakan template AC Milan era Ariggo Sacchi. Tetapi rombakan dalam sistem penggiliran pemain bukan cara Sacchi. Saya tidaklah menyangkal 100% sistem giliran, tetapi nampaknya pemain simpanan kita tidak semantap pasukan elit EPL lain.
Saya bukanlah tidak yakin musim ini kejuaraan liga akan dimenangi. Tetapi faktor diatas merupakan satu perjudian merbahaya. Dalam sistem kejurulatihan ada tercatat yang setiap pasukan yang hendak menang sepatutnya menurunkan barisan terkuat dan pemain yang terbaik diposisi masing-masing. Ada logiknya beliau merehatkan pemain utama kerana masalah kecergasan atau kecederaan tetapi sepatutnya bukan atas alasan taktikal semata-mata.
Perpindahan Januari telah dibuka, tetapi Liverpool bukannya membawa masuk pelengkap untuk pasukan sedia-ada, tetapi pemain muda dari Sweden untuk skuad simpanan. Memang diketahui pemilik sekarang tidak berusaha memberikan suntikan dana kepada Rafa. Itu hal lain. Tetapi Rafa sendiri mesti menjual tunggul kayu seperti Dossena. Buat apa hendak memberi peluang sebagai backup jika beliau akan menjadi liability kepada pasukan dan lubuk serangan bagi lawan. Saya rasa dengan ketiadaan Insua dan Aurelio sekalipun, Arbeloa atau sepaling tidakpun Agger boleh diletakkan diposisi itu. Kita akan lebih yakin jika mereka diposisi itu berbanding Dossena. Pennat juga seharusnya digunakan untuk modal mendapatkan pemain baru, bukannya disimpan hanya untuk menghabiskan sisa kontrak beliau yang akan tamat musim ini.
No comments:
Post a Comment