Walaupun agak kecewa dengan keputusan seri 1-1 sebentar tadi namun banyak perkara positif dan pengajaran yang boleh diambil dari perlawanan itu. Sekurang-kurangnya Rafa telah memberi peluang kepada kita yang menunjukkan bahawa beliau cuba meletakkan barisan terbaik dan formasi yang seperti mana peminat mahukan. Keadaan hujan lebat pada pertengahan perlawanan telah menyukarkan pergerakan dan tempo permainan Liverpool. Pengadil botak webb juga menjadi faktor kepada beberapa insiden yang tidak menyebelahi kita.
Bagi saya perkara positif dari perlawanan itu antara adalah Rafa telah meletakkan kembali pasangan ideal Gerrard-Alonso diposisi tengah. Kombinasi mereka banyak menjana gerakan berbahaya dan begitu stabil ketika bertahan. Torres kembali menunjukkan sentuhan dan skill beliau dan kembali cergas namun terlepas peluang mudah menghasilkan gol pada separuh masa. Walaupun gembira dengan peluang yang Rafa berikan kepada Keane, namun betapa saya rasa memang gandingan Torres-Keane tidak serasi lagi untuk kali ini. Kedua-dua pemain sayap Liverpool bermain baik dan sering melakukan hantaran lintang berbahaya. Tetapi mereka tidak dapat memberikan tentangan sengit kerana Everton cepat menutup ruang.
Pertahanan Liverpool bermain terbaik sehingga minit ke 87, dimana tiada sesiapa yang mengawal Cahill yang mudah melakukan tandukan sipi mengatasi Reina. Bagi saya nampak semacam pemain kita kurang konsentrasi kita sepakan diambil Everton. Perkara sebegini berlaku mungkin kerana pemain semacam mengambil mudah dan sudah berasa kemenangan dlam genggaman. Kemasukan Benayoun tidak perlu sebenarnya, kerana dalam ambang kemenangan Arbeloalah yang patut dimasukkan kerana beliau boleh membantu menambah kekuatan untuk bertahan.
Kini kita berada ditangga kedua walaupun sama mata dengan ManU yang berkelebihan perbezaan gol. Man U juga selesa kerana masih bermain kurang satu perlawanan dari kita. Malah Chelsea dan Aston Villa masih boleh mengejar kita kerana mereka hanya terpisah beberapa mata sahaja. Peluang kita untuk bersaingan masih panjang dan terbuka, namun keputusan tadi telah banyak memberikan kelebihan kepada pesaing lain untuk meberikan tekanan. Rafa harus memikirkan sesuatu untuk kembalikan prestasi dan moral pemain ketika menghadapi masa sesukar ini walaupun beliau sendiri menghadapi kesukaran dengan pihak atasan.
No comments:
Post a Comment