Begitu juga dengan Glen Johnson, nilai £9juta yang dikatakan akan diterima oleh Portmouth adalah terlalu tinggi untuk pemain Pertahanan yang bukan bertaraf dunia. Walaupun akur bahawa nilai pemain Inggeris terlalu tinggi berbanding pemain Eropah, tetapi Liverpool bukan terdesak untuk mendapatkan mereka secara terburu-buru. Tambahan pula pemilik Liverpool tidak akan memberikan wang ihsan untuk Rafa membeli pemain dan Rafa terpaksa menjual dahulu baru boleh membeli.
Terfikir juga apabila dikaji semula, kebanyakan pemain yang berkualiti telah dibeli pada Januari dengan harga yang berbaloi. Contohnya Daniel Agger, Alvaro Arbeloa dan Martin Skrtel kesemuanya dibeli ketika tingkap perpindahan januari dibuka. Mungkin ketika itu Kelab-kelab Elit lain telah melengkapkan skuad mereka sejak awal musim lagi. Dan ini merupakan salah satu kelebihan Rafa yang tidak boleh disangkal. Namun disebaliknya kejayaan Rafa hanya mendapatkan pemain pertahanan, dari segi pemain serangan Fernando Morientes adalah kesilapan tekinikal beliau. Walaupun begitu ini tidak merupakan kesalahan mandatori beliau kerana, lain yang diharap lain yang menjadi. El_Moro hanya berjaya menunjukkan kejaguhannya di La Liga dan Liga Perancis sahaja tetapi kurang sesuai di EPL.
Melihatkan Skuad Liverpool musim ini, kesemua posisi boleh dikatakan lengkap setelah kembalinya Torres dan Skrtel dari kecederaan yang panjang. Namun pada pandangan peribadi saya, lengkap dari segi kuantiti saja tidak cukup, tetapi kualiti adalah yang penting untuk mengharungi separuh lagi musim untuk melengkapkan kejuaraan. Jika terjualnya Pennant dan Dossena mungkin Rafa dapat membida pemain Sayap yang berkualiti seperti Lennon atau Joaquin, kerana posisi tersebut merupakan antara yang kritikal untuk diisi. Lain-lain posisi seperti serangan dan bek tengah masih dalam keadaan stabil jika Agger dan Keane tidak dilelong pada Januari ini. Apa-apa pun gossip-gossip liar bertiup kencang dan masakan pohon bergoyang jika tiada monyet yang goncang.
No comments:
Post a Comment