Mulanya agak terkejut dengan formasi dan kesebelasan yang diturunkan pada perlawanan menentang Portmouth awal pagi tadi. Apa tidaknya pemain utama seperti Torres dan Alonso hanya diletakkan dibangku simpanan. dalam hati menyangka yang Rafa mungkin konfiden atau cuba mengambil mudah dengan kemampuan Pompey kali ini.
Dengan formasi 3-5-2 atau 3-4-2-1, Rafa menurunkan kembali Agger untuk digandingkan dengan Skrtel dan Carragher dibawah. Lebih mengejutkan ialah Aurelio diletakkan ditengah bergandingan dengan Mascherano. Manakala Arbeloa dan Dossena diletakkan sebagai Wingback kanan dan kiri. Babel dan Benayoun bergandingan membantu Ngog yang ditugaskan keseorangan diatas.
Secara umumnya disini dapat dilihat bahwa kemenangan 3-2 ini adalah kerana berpunca dari kemasukan Torres. Gol kedua hasil jaringan Kuyt adalah berpunca dari hantaran beliau dan gol kemenangan jaringan beliau mirip jaringan ketika mnenewaskan Chesea minggu lalu. Manakala dipihak pompey, Peter Crouch menjadi duri dalam daging untuk kita apabila gol pertama berpunca dari hantaran beliau kepada Nugent untuk menjaringkan gol pertama.
Tetapi apa yang dapat kita lihat Ngog masih mentah dan tidak berupaya membarisi kesebelasan utama lagi. Saya ternyata kecewa pabila Babel terlepas peluang mudah awal untuk menghasilkan gol dan akui mungkin atas faktor tersebut Rafa tidak selalu menurunkan Babel. manakala yang terakhir sekali formasi 3-5-2 mungkin tidak sesuai dengan kita, tetapi ianya mungkin efektif jika Hyypia diturunkan untuk posisi Stopper bagi menangkis Crouch yang amat licik ketika perebutan diudara.
No comments:
Post a Comment