
Petang tadi saya sempat menonton rancangan Football Focus yang dikendalikan oleh John Dykes. Banyak topik yang dibincangkan pada minggu ini dari hal Chelsea-Scolari-Hiddink sehinggalah berkenaan perlawanan Liverpool menentang Man City sabtu ini. Apa yang menariknya pengulas tamu hampir kesemuanya tidak memberikan harapan untuk Man City untuk mencuri mata, apatah lagi menang dengan kita. Tetapi hanya seorang saja yang memberikan pendapat bahawa Man City akan berjaya sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata. Orang itu tidak lain tidak bukan ialah lagenda bolasepak negara (betul ke ni?) Serbegeth Sigh a.k.a Shebby.
Pada mulanya saya anggap ini mungkin sekadar pendapat individu Shebby sebagai pengulas sukan yang berpengalaman dan mengikuti Liga Perdana secara dekat. Tetapi apabila mengamati akan persembahan Man City sebelum ini menentang Pompey yang berkesudahan mereka tewas 2-0, saya yakin Shebby mungkin tidak merujuk persembahan Man City ketika itu. Man City tewas bukan kerana Pompey tersangat hebat atau mempunyai pemain bertaraf bintang seperti Man City, tetapi faktor utama adalah barisan pertahanan yang begitu rapuh. Saya telah menonton perlawanan itu dari awal hingga tamat boleh memberikan sedikit ulasan mengenai persembahan man City.
Gandingan Onuoha dan Kompany langsung tidak efektif dan tewas mudah dalam pertarungan udara. Gol Glen Johnson merupakan gol hasil gerakan individu beliau apabila berjaya memperdaya Wayne Bridge dan melakukan rembatan dan berjaya menjaringkan gol apabila Given menepis bola kembali kearah arahnya. Gol kedua Pompey pula berpunca dari sepakan sudut oleh Pennant yang berjaya ditanduk masuk Hreidarsson. Dalam keadaan ini Kompany merupakan dalang disebalik gol itu kerana tidak mengasak bola tinggi itu.
Bagi Liverpool ketiadaan Alonso yang digantung perlawanan, Lucas mungkin bakal diturunkan menentang City. Walaupun bukan itu yang kita mahu, tetapi hanya itu pilihan yang ada selain dari Aurelio. Kemungkinan juga Gerrard akan digandingkan dengan Macherano dan bagi saya itu merupakan risiko yang sangat berbahaya. Biarlah Gerrard pulih sekurang-kurangnya sehingga perlawanan menetang Real Madrid nanti.
Dengan barisan serangan yang sedia ada, Rafa pasti mempunyai kelebihan untuk mengatasi bek City yang rapuh. Tetapi bahagian serangan City agak berbahaya terutamanya Robinho , Ireland dan juga Bellamy. permainan Serang-balas mereka amat berbahaya dengan pemain tersebut mempunyai kretaiviti dan kepantasan yang dapat menerobos benteng kita.
Apa-apa pun saya masih berkeyakinan nasib dipihak kita kerana Mark Hughes sekarang sudah tidak sekongkol dengan pemain seperti Robinho dan Elano. Dan ini merupakan satu halangan untuk mereka memberikan tumpuan dalam perlawanan nanti. dan kesempatan ini harus digunakan untuk mengejar Man U yang sudah berjaya menjarakkan diri dengan 5mata, hasil kemenagn dengan Fulham semalam.
tapi tu la kan...
ReplyDeleteMan City walaupon kena sayur masa aritu dengan Pom-pom
rasanya LFC kena take note pasal Robinho...
kalau terlepas jugak budak nih
maknanye LFC kena score lebih banyak utk menang...
3-2 lagik ke?
x larat dh main aci kejar..
ReplyDeletelotih beb.. jantung pn bleh putus