Sepanjang perlawanan Eropah tak kiralah Liga Juara-Juara Eropah ataupun Piala Eropah, ini merupakan antara perlawanan terburuk kita tetapi menghasilkan kemenangan. Sejak awal permainan kita cuma ada beberapa peluang dan detik merbahaya yang lain cuma kejar bola dan memangkah kaki lawan. Saya tidak mengatakan yang mereka tidak bermain baik tetapi cuma corak permainan mereka terlalu Ultra-Defensif dan memang tidak berapa cantik ditonton oleh orang luar.
Yang peliknya ketika menentang kelab dari Sepanyol ini, pasukan kita lebih ramai pemain Sepanyol dari Real Madrid. Namun apa yang saya paling seronok adalah kita berjaya membuatkan Presiden Real yang terlalu berkhayal macam sedang stim ganja ketika memberi komen mungkin terkedu pada ketika ini.
Reina - bertidak cemerlang dan merupakan pemain kedua terbaik perlawanan bagi saya keseluruhan kerana tanpa aksi cemerlangnya, mesti Robben, Raul, Marcelo dan Higuain dapat membolosi gawang. Tetapi saya kurang senang kerana dia selalu terpeleot (tergelincir) semasa hendak ambil sepakan.
Carragher - Memang kereta kebal dan juga lori sampah bandaran, sebab dia akan menyapu semua penyerang Real yang cuba masuk dalam benteng dan penyelamat kita beberapa kali percubaan Robben dan Higuain. Memang mempunyai ciri-ciri kemimpinan melalui tauladan sebagai seorang Kapten.
Skrtel - Sama seperti Carra cuma konsentrasi beliau harus diperbaiki dan perlu belajar dari Carra untuk membaca permainan.
Aurelio - Memang antara pemain yang paling letih agaknya pada perlawanan tadi sebab terpaksa menjaga Robben yang bagaikan lipas kudung dan juga Ramos yang selaku meng-overlap. Namun sumbangan beliau amat bermakna bukan saja sebagai Bek tetapi membantu untuk gol kemenangan.
Arbeloa - Walaupun tidak bermain baik sperti sebelum ini namun dari segi bertahan beliau telah berjaya mengekang Marcelo dan bernasib baik Heinze yang bermain disitu dan beliau tidak gemar berada diatas.
Masherano - Dari segi bertahan memang beliau pakar dalam seni memangkas kaki lawan, namun beliau tidak bernasib baik apabila mendapat kad kuning. Dia telah berjaya melakukan kerja kotor apabila mengejar lawan dari kiri dan kanan untuk membiarkan Alonso lebih kedepan.
Alonso - Sememangnya pemain yang cerdik dan hampir memperbodohkan Cassilas dengan sepakan jauh. Cuma beliau tidak berupaya melakukan hantaran jauh akibat taktik bertahan kita.
Reira - Agak kecewa dengan beliau kerana tidak bersungguh-sungguh untuk menyerang mungkin juga kerana Ramos telah menjaga beliau dengan ketat, tetapi sumbangan beliau untuk mengekang Robben dan Ramos ketika bertahan harus dipuji.
Benayoun - Sepatutnya beliau bermain dibelakang Torres bukannya Kuyt. Sepanjang permainan beliau mungkin dilihat jarang melakukan serangan tetapi lebih kepada Bek Kanan kedua. Gol tandukan beliau telah memberikan kejutan buat Real dan boleh dikategorikan MANTOP.
Kuyt- Kembali kepada kerjaya lama iaitu pelari marathon dan kekadang bagaikan main polis sentri. Macam komen tentang Benayoun, Kuyt lebih efektif di kanan berbanding dibelakang Torres ataupun dibangku simpanan sahaja.
Torres - Pada awalnya bermain baik dan nyaris menghadiahkan gol awal buat kita. Namun kecederaan kaki seawal permainan telah menjadikan beliau kurang berbahaya dan pastinya tidak dapat beraksi baik kerana sering menjadi mangsa Pepe.
Gerrard dan Babbel- kemasukan mereka cuma menambahkan sedikit kekuatan fizikal bagi kita dan tidak lebih dari itu.
No comments:
Post a Comment