Berbalik kepada Barnes, apa yang saya ingat beliau merupakan pemain berkulit hitam yang paling sempoi dalam pasukan Liverpool dalam era 90an, iaitu era kejatuhan kita dan kebangkitan Syaitan Merah. Apa tidaknya kalau semua orang menyatakan Cristiano Ronaldo merupakan pemain Sayap hebat di EPL, maka Barnes 10 kali hebat dari beliau . Bukan setakat skil dan teknik sahaja, malahan Barnes salah seorang pemain yang begitu genius diatas padang. Beliau tidak sekadar mengelecek membuta tuli tetapi membuka permainan untuk rakan dan setiap pergerakan beliau diatas padang amat berbahaya untuk lawan.
Mengikut rekod dengan skuad kebangsaan England, beliau merupakan pemain berkulit hitam yang paling berjaya Skuad Tiga Singa itu dengan memenangi 79 kep bersama England dan menjaringkan 12 gol.Walaupun Skuad England tidak mempunyai sebarang rekod untuk dibanggakan ketika itu. Tetapi kemenangan 1-0 keatas Brazil dalam perlawanan persahabatan di Maracana,Brazil merupakan antara persembahan terbaik Barnes untuk England. Manatidaknya belia berjaya mengkambingkan 3-4 orang pemain termasuk goli Brazil dengan larian solo untuk gol tunggal perlawanan itu.
Pemain Liverpool yang saya rasa boleh ketahap Barnes saya rasa adalah Ryan Babel. Malah ketika beliau baru sampai ke Anfiedl dulu saya rasa pemain ini bakal menjadi jelmaan semula Barnes. Tetapi Ryan Babel perlukan bimbingan bukan dari skil atau teknik beliau kerana Babel mempunyai skil yang hebat tetapi lebih kepada segi taktikal dan kerja berpasukan. Mungkin Babel belum mencapai tahap kematangan beliau lagi. Atau satu lagi yang saya amat risaukan adalah Rafa sendiri merupakan faktor penyebab Babel kurang menyerlah berbanding seperti mana yang kita lihat Babel ketika di Ajax dulu. Apapun Babel berupaya menjadi jelmaan Barnes jika nasib menyebelahi beliau.
gol Barnes ke atas Brazil pada tahun 1984, masa tu dia blom lagi jadik player The Reds. Masa tu dia main kat Watford...
ReplyDelete