Mungkin secara kebetulan, itulah yang saya tengah fikirkan tentang persamaan yang ada pada Robbie Keane dan Jermaint Pennant. Tetapi apa yang menariknya kedua-duanya merupakan peminat Liverpool seperti kita. Bagi saya, mungkin atas faktor itu mereka telah diambil untuk menyertai pasukan kita, walaupun secara meritnya mereka diambil atas kapasiti persembahan mereka dengan kelab terdahulu beserta pengalaman luas di EPL.
Tetapi apa yang peminat harapkan untuk kedua-dua pemain ini boleh dikatakan tidak kesampaian. Sepatutnya mereka jika berbangga menjadi peminat serta dapat pula bermain dikelab yang mereka sokong sejak dari kecil, sepatutnya mereka berusaha dengan lebih gigih. Kalau lah saya ditempat mereka, menjadi pemain dan sekaligus peminat kepada Liverpool, pastinya setiap peluang dan harapan peminat, sedikit pun tidak menghampakan dan berusaha 110% dengan kemahiran yang ada. Dan mungkin juga faktor tersebut menjadi bebanan dan tekanan buat mereka berdua.
Walaupun ramai lagi pemain di EPL yang juga merupakan peminat setia Liverpool, namun sepatutnya faktor itu tidak dijadikan faktor penyumbang untuk mendapatkan pemain itu. Tetapi lebih kepada attitud dan kebolehan. Kalau kita lihat seperti Kevin Nolan, Ryan Taylor dan beberapa pemain muda Everton yang merupakan peminat setia seperti kita, kalau diikutkan emosi kita mungkin mereka ini layak atas kapasiti pemain yang merupakan peminat setia. Namun mereka bukanlah pilihan kerana setakat menjadi peminat tetapi tidak mempunyai kebolehan yang setaraf Gerrard dan Carragher apalah gunanya.
No comments:
Post a Comment