Tiada perlawanan Eropah bagi Liverpool dan Chelsea, bermakna tiada alasan tak turunkan pemain utama. Cuma Liverpool kurang bernasib baik dengan kecederaan Firmino disaat akhir. Namun ianya rahmat buat Coutinho bila dia terus main dalam kesebelasan utama menggantikan Firmino diposisi serangan kiri. Kembalinya Lovren dari kecederaan menamatkan kerisaun benteng akan dikemudi Lucas. Kita bukan tak percaya Lucas namun dengan Chelsea, perlu pertahanan kental rohaniah dan jasmaniah macam Lovren untuk hadap Costa si celaka musibat.
Klopp dah buat kerja rumah yang teliti mengenai Conte-Chelsea. Tewas dalam pra-musim haritu macam periksa percubaan SPM, gagal tapi tak mengapa bila periksa SPM betul dah tahu nak perbetul apa yang silap masa percubaan dan buat sehabis baik. Jadi Klopp letak taktikal yang lebih mesra Chelsea. Chelsea main secara tersusun macam bangku bas dengan 4141. Manakala Klopp masih tegar dengan 433. Kelebihan tuan rumah tak bermakna buat Chelsea sebab mereka masih belum berani nak main terbuka. Sebabnya Swansea dah bagi pengajaran buat Conte bila seri 2-2 haritu.
Corak Chelsea agak perlahan sejak awal permaian. Itu satu kelebihan buat Liverpool, bila mereka terlalu berharap kepada Hazard dan William untuk pecah kebuntuan dengan larian dan hantaran kepada Costa. Costa sering diapit Lovren dan Matip bila mana dia dikawasan bahaya, jadi pemain kreatif mereka hanyalah Oscar dan beliau tak mampu nak membantu serangan dari tengah. Sebab yang terutama ialah kombinasi Lana-Hendo-Gigi. Macam juga serangan yang fleksibel, Hendo mungkin banyak dibahagian bertahan, namun Lana dan Gigi buatkan tengah kita menggigit Chelsea dari bermain dari tengah.
Mungkin Conte dah siapkan formula nak diamkan Mane dan Coutinho dari membantu Sturridge kat atas. Kita akur dia memang hebat kat situ. Susah juga nak lolos diri dari kepadatan pemain dalam kawasan Chelsea. Ianya umpama pengalaman nak cilok masuk dalam perut Bas Mini KL, dah la padat, bau tengit serta kena hati-hati dengan penumpang kaki raba amoi, pencopet dan juga Mat Gay. Namun pemain kita dah bersedia dengan semua itu, bila semua perancangan nak bolos melalui cara biasa tak mengena ada satu lubuk gol yang Liverpool bijak pergunakan iaitu ketiadaan organisasi bertahan bila David Luiz masuk ganti Terry.
Kita harus berterima kasih kepada Ivanovic. Dia memang makanan lazat serangan Liverpool. Milner boleh kata kena kekang William sahaja ketika bertahan, berbanding Clyne yang kena hadap Hazard dan Azlicipueta sekaligus. Ivanovic memang gunakan kekuatan fizikal tetapi dia terlepas sekali bila kakasaran dengan Lana tetapi dengan Gigi pengadil berikan sepakan percuma kepada Liverpool. Coutinho main bola pendek dengan Milner. Milner kembalikan kepada Coutinho yang melepaskan hantaran lencong mencari Lovren dan juga Mane yang tak dikawal. Jadi dengan mudah Lovren menampan bola melepasi Courtoius untuk Liverpool mendahului 1-0.
Kita tengok sekali imbas, macam pemain kita berada dalam keadaan offside. Yang sebenarnya betul hanya Sturrdige seorang sahaja offside, tetapi Mane dan Lovren sebaris dengan barisan pertahanan Chelsea. Sturridge main bijak sebab dia naik dan tak cuba menerpa kembali nak dapatkan bola hantaran Coutinho. Kalau dia yang pergi dan jaringkan gol sah-sah penjaga garisan akan angkat bendera. Kita nak bagitahu yang dalam situasi 5 lawan 5 dalam kotak penalti , pertahanan Chelsea memberikan peluang mudah kepada Liverpool. Mereka berada terkedepan dan tak sangka ramai pemain Liverpool dah bersedia dibelakang mereka macam buaya lapar.
Liverpool main makin selesa bila mendahului dan biar pula Chelsea seketika cuba menyerang. Tetapi Chelsea hanya punyai peluang dari sepakan sudut dan percuma. Kat sini kita nampaj berapa bahayanya Luiz bila menyerang. Dia memang punya keupayaan tandukan dan mampu buat Mignolet berpeluh juga sekitika. Liverpool membunuh keyakinan Chelsea untuk bangkit bila Kapten Henderson mendapat bola kantoi dari pemain Chelsea dan merembat masuk satu sepakan jauh dengan melecong melepasi Courtois. Liverpool mendahuli dengan 2-0. Kita rindui jaringan Hendo yang sebegini. Kalau pemain tengah dapat bagi sumbangan gol camni, taklah letih nak harap penyerang sahaja nak bagi gol.
Separuh pertama tamat dengan Liverpool rehat bergaya dengan mendahului 2-0. Ianya satu kelebihan yang perlu dikekalkan tetapi separuh kedua bermula dengan Chelsea pula bermula dengan garang. Apa yang Conte mencarut dalam bilik persalinan kita tak tahu, tetapi ternyata mereka dah jadi pasukan lain separuh masa kedua. Mereka temui jalan yang terbaik main dengan kesebelasan yang sama. Ianya dengan bermain hantaran jauh dan bertukar-tukar hantaran dari sayap-kesayap. Ianya bertujuan nak letihkan pemain Liverpool dan terkejar-kejar bola kesana-kesini. Nampak makin terdedah lubuk serangan bagi mereka.
Kat sini betul-betul perlu pemain perlu kekalkan kewaspadaan tinggi. Buat kesilapan walapun kecil memang bawa padah. Satu lagi stamina pemain memang cukup penting. Contoh macam gol saguhati Chelsea dari Costa. Gerakan dari Matip ditengah, memag Lana menyerbu nak halang beliau, tapi kantoi kena botoi sebab nampak Lana dah keletihan sikit. Matic masuk lagi kedepan dan lorongkan bola kepada Hazard. Hazard kembalikan bola kepada Matic yang masuk kedalam kotak penalti. Memang situasi ni ckup bahaya, tetapi Hendo tak fokus nak kejar Matic. Tapi Matic ni cerdik juga dia dapat lepas dari terjahan Matip, lepas itu terjahan Lana. Lalu menghantar bola kepada Costa yang berada dikedudukan terbaik untuk meledakkan gol. Chelsea kembali nak bangkit dengan 1-2.
Costa hampir menyamakan keputusan. Hasil gerakan tandukan Oscar dari hantaran lambug dari kanan, Costa melepaskan sepakan lemah dan berjaya diselamatkan Mignolet. Kalau kuat sikit rasanya mungkin kebarangkalian nak gol tu cerah dengan reputasi Mignolet. Juga kalau masuk lagi kembang bontot mamat Brazil muka cam Bangla tu. Namun segalanya tak bermakna lagi kerana sejurus gol Costa lepas itu, Liverpool dah kembali dalam moda bertahan dengan susunan bas. Kali ini betul-betul menjadi sebab Chelsea pun mati akal sampai lagi 5 minit terakhir bukan tukar satu tapi 3 pemain sekaligus konon nak ubah serangan. Tapi semuanya dah terlambat dan Liverpool pulang dari Stamford Bridge dengan 3 mata penting.
Terbaik bro.. saya dah follow blog ni dri musim 06-07 lgi.. mmng ulasan terbaik.. teruskan berkarya jangan berhenti...
ReplyDeleteKalau dah follow lama. Patut kena rajin2 komen lar. Saya nak rakan2 pembaca ulas dan komen. Baru meriah. Blog ni tempat luahan perasaan. Nak puji, marah, nak turun ilmu atau nak kutuk pon takpa. Kami terbuka.
DeleteSyukur sesangat dpt 3 mata d stamford bridge. Rsanya gol dhsilkan abg hendo mgkn mnjdi gol yg trbaik blan ni. Ssah nak dpt gol mcm tu. Blan lalu pula gol mane mnjdi plihan rmai. Mggu dpan kat anfield, do the best. Tahniah member lain yg dpt teka btul. Hari ni saya mndpt 2 khabar baik skaligus. YNWA.
ReplyDeleteGol terbaik yang sekian lama menghilang dari seorang pemain power mcm Hendo.
DeleteBro dah masuk carta peneka tetapi, awas jangan miss teka. Laluan masih terbuka untuk dpt hadiah.
Saya join teka keptsan bkn nak hdiah. Skdr nak njoi dan fun. Huhu.. Tapi klau dah mng mmng rzki la.
DeleteFuhhh... memang debor tengok game pagi tadi.. huhu.. Alhamdullilah menang jugak... YNWA
ReplyDeleteteman debor dari awal game lagi yob.
DeleteTerbaik ulasan..game pagi td berdebar second half. Nasib menang..
ReplyDeletesayang betoi la bole bolos...ak teka 2-0 kot smlm....huaaaaahuaaaa
ReplyDeleteLiverpool wajib bolos. Take Note bro. hahaha
DeleteSy sblm ni xpernah lg nk teka tp lps ni nk teka la.. ;)
ReplyDeleteJangan lepas peluang join , bukan kena duit pendaftaran pun.
DeleteKalo header origi smalam masuk dah btul tekaan 1-3..hehe. kureng 1 plak..
ReplyDeleteDah bukan rezeki.
DeleteCuba lagi bro.
Tapi jangan risau ko dh masuk carta
liverpool kne consistent menang lawan team bawah.. kte dah dpt 10 point lawan team power.. contoh kita kalah dgn burnley mmg rugi.. kalau bole menang lawan team bawah confirm liverpool bole cabar liga, sbb kte mmg ske team kuat yg main open
ReplyDelete-azhar ynwa-
Nanti lawan Hull minggu depan baru kita tengok apa penambahbaikan kalah dengan Burnley dulu. Rasanya Hull lagi bahaya kalau ikut rekod 5 perlawanan ni.
DeleteTp rasenye smlm tempo liver agak slow sket..xmcm game sblm ni..
ReplyDeleteIngat main tempo laju masa pre season. Last2 kena tapau 0-1. Klopp dh tahu camna nk counter taktik Conte, jd dia main slow tp efektif
Deleteterbaik bro, tkde la mcm insta abang bola tu, dia bahan team orang bole, bila dia plak kene bahan terus block gue di ig hahaha langsung tak professional. nmpk sgt tisu kahkahkahkah.
ReplyDeleteKita nk bahan team lain berpada2 . Setakat perli sikit2 takpe lepas geram. Tapi hati kena kental. Takut org bahan balik berdarah telinga. Aku suka YB KJ, walaupun kena bahan sbb dia fanatik Menyu.. still kool. Tp hati dlm sape tahu yerrkkk... Najib lg kool dh lama tak mention Menyu.. dh tuakau Mensiti plak kot..Hahaha
Deletehahahaha tu lahh. kite ni dh biasa dh tiap tiap tahun kene bahann. steady je haha
Delete