Mamadou Sakho adalah impian pemain FIFA12. Dia punya rating taklah gempak tapi dari 76 boleh naik sampai 84. Namun dalam dunia nyata juga antara pertahanan tengah gempak. Masa tu teringin sangat kalau Sakho digandingkan dengan Carragher, sebab Agger masa tu kerap cedera. Namun zaman PSG baru tengah naik Sakho adalah nadi pertahanan PSG, malah Kapten pasukan. Siapa nak jual dia masa itu. Arsenal pun main acah-acah sebab Wenger cakap dia pernah pujuk Sakho supaya ikut ke Arsenal sebab ramai kawan-kawan sekampung.
Kemasukan Alex ke PSG yang dibawa oleh Ancelotti antara punca Sakho hilang tempat utama. Dia dah mula kerap cedera. Iyolah dah main dengan skuad utama PSG dari umur 17 tahun. Bila naik awal, maka lagi cepatlah nak dapat cedera sana sini. Kecderaan Sakho membuatkan prestasi beliau yang mantap kina layu, hingga dia kena tarik balik pangkat Kapten dan bukan itu sahaja, kena jadi bek simpanan. Ini bermakna Liverpool beli Sakho dari PSG semasa beliau memang dah dalam prestasi merudum. Ditambah pula dah kurang motivasi sebab dipecat dari jawatan.
Kita tahu Sakho dibawa Brendan untuk ganti Agger, sebab stail hampir sama dan Liverpool memang perlu bek yang boleh pegang bola dengan tenang. Satu perkara yang membantutkan perkembangan Sakho ialah dia memang pengganti Agger juga dalam bab-bab cedera. Bila dah cedera, Sakho memang kaki melantak kuat. Berat badan beliau memang tak ideal selepas kembali cergas. Sebab itulah dia kantoi sebelum ini dengan ambil ubat terlarang untuk turunkan berat. Dengan Brendan mungkin benda-benda sensitif tak berapa berlaku, ada sekali dia kena amaran sebab blah dari bangku simpanan sebab tak jadi kesebelasan.
Dengan Klopp jangan memain. Bagus manapun jika perangai tak jaga. Klopp tak bagi peluang walaupun nampak senyum tertawa sentiasa. Sebab itu kita tengok dia masukkan dua pertahanan tengah walaupun memang kita nampak macam nak ganti Skrtel dan Toure. Tetapi dalam pada masa yang sama kemasukan Matip mungkin dah dirancang awal. Namun lain pula dengan pembelian Klavan adalah pembunuhan karier Sakho secara terhormat. Apataknya Sakho boleh main sebagai bek kiri dan malangnya Klavan pun selalu main kat situ.
Musim perpindahan kali ini, Sakho telah diberi nasihat supaya keluar cari kelab lain tetapi bukan secara tetap hanya sekadar pinjaman. Bukan sedikit kelab yang nak beliau, dari kelab hebat macam AS Roma sehinggalah kelab cap ayamas macam Sunderland. Tapi Sakho memang keras kepala dengan melawan balik dengan tolak semua tawaran dan mahu kekal. Dia mahu bersaingaan untuk mencabar Lovren, Matip dan Klavan malah juga Lucas sebagai bek tengah utama. Kalau ikut logik memang taklah mampu Sakho nak dapat peluang sebab Liverpool tak main di Eropah musim ni. Tetapi Sakho yakin dia masih berpeluang jika pemain utama cedera.
Bagi saya jika Sakho nak kekal atau keluar itu pilihan beliau. Selagi mana kontrak beliau masih ada. Hormatilah hak pekerja. Kalau betul-betul Klopp tak mahu Sakho dia dah senaraikan dalam penjualan sebelum ini dan jual terus. Pasti ramai yang nak pemain kualiti macam Sakho. Itulah yang terbaik bagi situasi ini. Kalau Sakho kekal, rasanya dia boleh menyelesaikan beberapa perkara diluar dari posisi bek tengah. Bek kiri salah satunya, namun jika berfikir diluar kotak saya nampak Sakho boleh main dibahagian tengah bertahan. Dia punyai hantaran yang baik dan juga fizikal yang mantap. Belum cuba belum tahu. Tak pun main penjaga gol macam gambar kat atas.
sedap pe sakho partner dgn lovren. klopp ni jgn buat psl nak berexperimen pulak
ReplyDeleteRasanya musim ni Matip-Lovren.
ReplyDelete