Pasukan Angsa Laut ni boleh tahan juga permainan mereka masa lawan Man City haritu. Saya tengok ulangan perlawanan dengan hasrat pelbagai. Nak tengok camana Swansea main untuk ulasan minggu ini. Serta untuk letak calon pemain Fantasy Preimer League terutamanya pemain Man City. Separuh pertama memang sukar juga City nak robek kubu Swansea ni. Kelicikan Aguero satu kelebihan utama bagi City sebab beliau memang tak terjaga oleh bek Swansea.
Swansea bukan pasukan lemah sangat tetapi mereka kehilangan Kapten dan ketua dibahagian pertahanan yakni Ashley William yang pergi ke Everton. Pengganti beliau Van Der Hoorn digandingkan dengan Jordi Amat. Kita tengok Swansea main secara terbuka tetapi City terpaksa cari gol kedua dengan penalti, kerana Hoorn terlalu panik, menyiku de Bruyne yang buat macam teruk. Sterling menamatkan riwayat Angsa dengan gol individu menarik.
Apa yang kita bakal hadap Swansea nanti pasti berbeza kerana City main tak sama dengan corak Liverpool. City main juga hantaran jauh bila Aguero buat larian dan jarang nak main hantaran dekat sepanjang masa. Guardiola juga main selamat dengan membiarkan separuh pasukan menyerang dan separuh lagi bertahan. Memang idea itu berikan kesan kepada Swansea sepanjang masa. Swansea terdedah dibahagian pertahanan kerana Aguero, Sterling dan De Bruyne saling bertukar-tukar posisi.
Klopp punya kesebelasan boleh diagak kecuali ada kemungkinan Lovren bakal masuk ganti Klavan. Macam biasa Klopp bagi lawan boleh buat kerja rumah, layan youtube perlawanan dulu-dulu dan cari pola kelemahan dari kebolosan yang kita hadapi. Tetapi saya yakin mereka pasti kecewa sebab corak Liverpool takkan sama dengan sebelum ini. Ini kerana pemain kita akan menyesuaikan diri dengan sekeliling. Jika pasukan Hull mereka nak tiru gaya Burnley, alih-alih tak menjadi nak buat ulangan. Malah kena belasah lagi teruk.
Ada yang mencelah masakan Sang Harimau kita dijinakkan apatah lagi Sang Angsa Laut. Sekali kilas patah tengkok buat gulai itik. Tudia betapa takbur punya ayat. Saya petik ayat pawer dalam grup Wasap geng Liverpool. Mungkin tak ramai yang sembang terlalu kencang sebegini, saya anggap mereka budak-budak baru nak naik. Kalaulah mereka hidup zaman Ferguson punya Setan Merah, rasanya tak berani terlalu vokal. Malahan selalu peminat minoriti cam kita adalah bahan santapan mereka tiap-tiap minggu.
Lawan kita nanti saya yakin akan bersedia untuk main sebaik mungkin. Mereka tak mahu dimalukan di depan penonton sendiri. Liberty Stadium, memang stadium badi kepada Liverpool. Perlawanan lepas kat sana pasukan kita kecewa dengan tewas 3-1 dengan gegenpressing Klopp versi 1.0. Swansea sekarang dah tak bertiki-taka, sebab mereka dah melalui perubahan demi perubahan dengan pertukaran pengurus demi pengurus.
Kita yakin Liverpool boleh dapat keputusan cemerlang jika tak lupa diri. Tambah pula bahagian pertahanan yang senang lenang banyak, sebab lepas bola tapi tetap dapat 3 mata. Entah bila nak dapatkan sifar bolos. Adakah kembalinya Lovren nanti bakal menambah kekuatan pertahanan. Matip dan Lovren bagi saya satu kombo yang melengkapi. Ibarat Mat rempit dan helmet Arai. Penuh gaya mutu keunggulan. Karius memang bakal dikekalkan lawan Swansea. Bukan sebab apa, dia bukan sahaja tekun berlatih atas padang. Kat rumah juga dia giat berlatih ngan PS4 main FIFA17, Mod Kerjaya (Career Mode).

Karius
Clyne Lovren Matip Milner
Lallana Henderson Wijnaldum
Mane Firmino Coutinho

Saya nak target kali ni pasti clean sheet. Swan 0-2 Liv.
ReplyDeleteSwansea 1-3 Liverpool
ReplyDelete-azhar ynwa-
swansea 1-5 liv
ReplyDeleteswa 0 liv 3
ReplyDeleteini kali la shut out
Swansea 1-4 Liverpool
ReplyDeleteSwensea 2 liverpool 3 zenithkizz
ReplyDeleteKita menang 4 - 0.
ReplyDeleteSwan 0-2 liv
ReplyDeleteAleym
Swan 1-3 liv
ReplyDeleteAngsa putih 0-2 Burung merah
ReplyDeleteswansea 1-2 liverpool
ReplyDeleteSwansea 1 - 4 Liverpool
ReplyDeleteswan 0 liv 1
ReplyDeleteSwan 0 - liver 2
ReplyDeleteSwansea 0-7 Liverpool mak aii..boleh thn skor.hehehe
ReplyDeleteWah...tak nak kalah.hahahahaha...
DeleteWah...tak nak kalah.hahahahaha...
Deleteswansea 2-2 liverpool
ReplyDelete-cucu mak leha-
Dah lama Pak Yop tak main teka teki takok bola.
ReplyDeleteSwansea 1-3 Liverpool
#YNWA
Angsa bndr laut 1-4 Burung Liver..
ReplyDeleteHrp dpt cleansheet tp tgk forward swansea ble thn ada llorente lgpn diorg da x tiki taka lg.. So kta tgk sapa y kna..
Angsa laut 1-4 Burung Liver..
ReplyDeleteDongibab kipidap..
Swa1-1Liv
ReplyDelete-qe7-
ok,kali ni harap clean sheet..
ReplyDeleteSwansea 0-4 Liverpool
#ynwa
Teka sajalah
ReplyDeleteSwansea 1 - 4 Liverpool
~EncikNurud~
Swansea 0-3 liverpool
ReplyDeletekumai
Swansea 2 - 1 Liverpool
ReplyDelete-stan-
Tahniah acab amal peneka tepat game mggu ni
ReplyDeleteTerima Kasih Khairul Bell sebab buat pengumuman ini.
Deleteacab amal you memang ohsem bro.