Coutinho tak diturunkan sebab nak bagi rehat cukup. Apa yang kita tengok rahmat buat Sturridge bila dia diberi peranan sebagai penyerang utama bukan lagi main disayap. Itu yang kita harap Klopp faham Sturridge hanya gempak bila bermain diposisi terbaik beliau. Dia bukan pemalas nak main disayap, tetapi kualiti beliau tak sama macam Mane atau Firmino yang agak agresif dan mampu membantu pertahanan tepi.
Liverpool bermain garang sejak awal permainan. Seperti musim lepas di Anfield, gaya Leicester nak main serang hendap macam Komunis Bukit Kepong. Tapi mereka tak berapa nak ulangi keunggulan dulu sebab kehilangan permata hitam, N'Golo Kante. Macam tak percaya Kante, adalah nadi penggerak Leicester selama ini. Hilang Kante, Leicester macam pasukaan biasa-biasa. Amartey tak mampu jadi rakan kongsi Drinkwater yang baik. Senang sahaja trio Lana-Hendo-Gigi buli mereka.
Rupanya selama ini kita tak berapa faham kenapa Klopp nak main Milner di bek kiri. Rupanya kritikan ramai dilema bek kiri yang Klopp hadapi kita silap faham. Memang Milner bukan bek kiri terbaik, malah takkan jadi yang terbaik. Namun Klopp dah jatuh cinta dengan cara Milner main disitu. Sebab itu dia cari jalan supaya Milner dapat main dengan baik, letak Firmino kat situ. Memang cun sekali sebab kombinasi mereka menghasilkan gol pertama Liverpool.
Gerakan dari Lucas dari bawah melangkaui batas mencari Milner yang berada jauh nun hampir dikawasan Leicester. Rasanya hantaran ini biasa kita tengok masa ada Agger dulu. Milner membawa bola keatas, Sturridge memainkan peranan agak penting dengan buat larian dari tengah ke kiri, menarik Morgan dan Huth mengejar beliau. Bila keadaan sedemikian, pertahanan Leicester terdedah dan Milner melakukan hantaran kepada Firmino yang menyelinap ketengah, dan bila bola dapat Firmino melarikan ketengah dan merembat melepasi Kasper. Liverpool mendahului 1-0.
Liverpool melancarkan serangan demi serangan. Dengan corak gegenpressing, Kapten Hendo jadi punca kepada gol kedua. Hantaran beliau mencari Sturridge yang merempit keatas dikejar Fuchs, tetapi dek sifat pemurah, Sturridge menghadiahkan hantaran dengan sepakan belakang kaki kepada Mane yang meminta bola ditengah. Mane dengan sepakan lambung mengatasi Kasper buat kali kedua. Sturridge dah berjaya hilangkan sifat penting diri dan tamak dan itu ciri penyerang penyerang idaman Klopp. Liverpool didepan lagi 2-0.
Kita dok perhatikan, Liverpool memang suka buat perangai kelamkabut dipertahanan. Tetapi kali ini hanya disebabkan hilang tumpuan oleh Lucas dia bagi gol percuma buat Vardy. Patutnya Mignolet tak perlu nak main hantaran pendek dalam semua situasi. Kita tengok Bravo goli Man City yang selalu main camtu kat Barcelona, pun jadi bangang masa lawan Menyu. Lucas memang kita tengok cukup cuak, tapi apakan daya main baik sepanjang perlawanan tetapi bila buat silap sekali lingkup pasukan. Leicester mengejar kedudukan den gan 2-1 sehingga tamat separuh masa.
Separuh kedua giliran Leicester tunjuk garang. Punyalah garang sampai Mignolet kena hentam bertubi-tubi. Dia jadi wira kita walaupun berdarah kena bantai dengan Huth tapi masih boleh selamatkan rembatan Vardy. Harap Karius lihat dan jangan nak harap dapat peluang mudah selepas ini. Kemasukan Ahmed Musa menjadikan Leicester kian cemerlang, tetapi dia hanya main disayap sebab Ulloa menggantikan posisi Okazaki membantu Vardy. Percaturan ini sebenarnya tak berkesan langsung nak buli Liverpool.
Kita nampak peranan Wijnaldum dalam beri impak serangan. Dia memang dibeli untuk ganti Allen dan banyak kelebihan Gigi dari Allen, kerana Gigi punyai kekuatan fizikal dan kepantasan untuk berada disetiap posisi ke posisi. Sturridge dah hampir dapat jaringkan gol peribadi namun pergi rembat tepat ke Kasper. Tetapi kali ini Sturridge mengambil hantaran dari tepi membawa bola dan berikan hantaran kepada Gigi yang berada dalam kotak penalti. Gigi banyak pilihan sama beri kepada Firmino atau Lallana, namun dia hulurkan kepada Lallana dan rembatan Lallana menjadikan Liverpool kembali dikedudukan selesa 3-1.
Liverpool memang beralih kepada mod bertahan. Tetapi serangan Leicester tak banyak berikan tekanan sebab Liverpool dah selesa dan tumpukan nak kekang serangan kamikaze Leicester. Sekali lagi kecemerlangan Kapten Hendo terserlah. Dia nampak Mane dalam keadaan terbaik untuk buat serangan lalu Hendo berikan hantaran Bollywood macam ajaran Abam lejen Gerrard, kepada Mane. Mane melakukan apa larian bersama bola dan Kasper cuba buat terre keluar kawasan tetapi dikantoikan Mane. Sejurus nampak Firmno berada kosong disebelah kanan, hantaran Mane disambut Firmino yang selamba jolok bola untuk gol ke-2 beliau dan Liverpool mendahului 4-1 hingga tamat permainan.
Coutinho masih perlu dalam pasukan tetapi bila tengok cara Mane-Sturridge-Firmno main rasanya Coutinho takkan selesa lagi. Coutinho perlu kurangkan nak merembat luar kotak dan dia kena main macam Firimno main disayap kiri, buka permainan dengan pantas dan kurangkan pegang bola lama-lama. Begitulah juga dengan beberapa pemain lain perlu meningkatkan permainan mereka. Saya nampak hampir semua pemain bermain baik dan faham silibus gegenpressing dengan baik kali ini. Satu lagi yang kita nampak kerja berpasukan bila bertahan, dan pastinya kita tak boleh sorok yang Matip adalah ketua dibawah dan bayangan Hyypia kian menyerlah dalam diri beliau.
1. Memang aku nak tengok dari dulu lagi perubahan pasal ketamakan mat kaca nie.siap boleh bertekak dengan suarez dalam padang.nampak ade perubahan.
ReplyDelete2. Matip memang serius mantap.kalau tak kerana lucas,clean sheet dalam tangan.sape2 pun bleh buat mistake.no hal...
3. Game semalam memang best.defend,attack,press,tactic semua mantap.lagi best dari pasemboq padang kota.aku tidur dalam senyuman
4. Pagi nie,budak2 setan opis aku senyap sunyi.diam seribu bahasa.hanya berbual pasal keje.tak tau lah kenapa.hahaha...
Menang baru ada bunyi.. kalau kalah haram tader komen. Jangan mare hahaha
DeleteHahaha...siot.bile kalah hati panas bro.mule lah nak carut bukan2.lebih baik diam.kalau kalah semalam,sah2 lucas dalam senarai makian tu.hahahaha...
DeleteTHIS IS ANFIELD. Tapi sayang aq x dpt tngok live sbb ke rumah ibu saudara nak sambut raya yg hanya pasang astro njoi, sedih. Semalaman aq dok pkir apa kputusannya. Awal pagi je dah google kptsan dan senyum lebar aq mlihatnya. Tahniah shauqi. Aq hmpir dpt teka btul aq pun hairan. Aq main blsah je yg pntng x sma dgn kptsan member lain.
ReplyDeleteBaru nak komen tapi abam Mohd Noh dah bg cara nk tgk livestream facebook.
Deletekan bole tgok live kt facebook...
ReplyDeletesmoga konsisten mng lepas ni..ynwa
Mamak opsyen murah, modal Teh O Ais je. Tapi kalau bini sorok kunci kereta. Tgk dlm facebook pun ok jer
DeleteCoutinho-2,Firmino-2,Lallana-2,Mane-2,Milner-1.. Topskorer liv stkt ni.. nmpknya smua line da nk sumbang gol utk liverpool.. Skrg bru sy fhm napa klopp suka sgt ngan firmino ni.. nmpk gayanya klu trs konsisten main baik n x cdra firmino bkl jdi anak emas klopp kot.. haha statistik team liverpool plg ska kalahkn champion season lps berbanding team lain..
ReplyDeleteAnak emas pun Klopp kena bagi peluang sama adil. Tgk cara dia deal dgn Sturridge camni yg kita nak. Masuk awal, ganti sblm pancit. Firmino kita tak heran sebab kualiti beliau mantap disemua posisi serangan.
ReplyDeletegol ke 4 tu kalau bola gitu dpt ke benteke, bola tu akan kena tiang, takpun sipi sipi masuk gol
ReplyDeleteItu kelebihan Firmino, tenang dan kool. Jangan cakap Benteke, Sturridge dua kali peluang mudah pon kantoi Der
Delete