Sep 25, 2016

LIGA PERDANA :LIVERPOOL 5-1 HULL


Lallana 17'
Milner 30' (pen) 71' (pen)
Mané 36'
Meyler 51'
Coutinho 52'

Liverpool sudah punyai pakej pencabar kejuaraan.Sedikit demi sedikit kepelbagaian sistem permainan telah ditonjolkan. Samada bermain dengan pasukan taktikal permainan terbuka mahupun pasukan bertahan sangat  dalam sedalam Lautan Pasifik. Kerja rumah Klopp menghadapi pasukan yang datang melawat, telah dikatakan sangat sukses.

Apa tidaknya selalunya pasukan yang main bertahan akan bersahaja meramaikan kawasan sendiri dengan tiada kebimbangan nak diceroboh. Tapi kali ini baru mereka tahu, taktik sebegitu dah lapuk. Kalaupun mereka konon dah faham nak patahkan Gegenpressing versi lawan Burnley, tetapi apa yang mereka belum faham ialah paten serangan Liverpool tak seragam dari masa ke semasa.

Tambahan pula bilamana serangan tiga serangkai diterajui Firmino. Kita sedikit demi sedikit faham kenapa Firmino jadi pilihan berbanding Sturridge. Kreativiti Firmino serta keberadaan beliau dalam setiap fasa serangan memang terbaik. Dia dimana sahaja, menyukarkan lawan nak kekang. Bertukar-tukar posisi dengan Coutinho dan Mane dalam setiap keperluan dan ketika. Satu lagi kelebihan Firmino masa lawan Hull dia jarang nak pegang bola lama.

Liverpool sejak awal permainan dah tak bagi Hull pegang bola. Tapi tak sampai 10 minit , Liverpool hampir dapat gol namun Coutinho hanya kuis lemah boladan berjaya dikeluarkan bola oleh pertahanan Hull. Namun pada minit ke-17, kali ini Coutinho menerima hantaran Milner, berjaya mencelah dari pemain tengah Hull, membawa bola ditengah, tidak tamak untuk merembat, tetapi melorongkan kepada Lallana yang merembat agak lemah tetapi tak mampu dihalang penjaga gol Hull. Liverpool didepan 1-0.

Kenduri gulai harimau, bermula dengan percubaan Coutinho ditepis oleh penjaga gol tak bertauliah, Elmohammady.  Penalti dan kad merah menjadi hadiah buat Liverpool. Raja penalti Liverpool, Milner menyudahkan penalti dengan bersahaja. Nasib baik juga tekaan Marshall sedikit tepat namun hanyunan Milner terlalu kuat dan melewati celahan badan Marshall. Liverpool menambah derita Hull, 2-0.

Tak cukup dengan 2-0. Bila Hull dah main tak cukup kakitangan, tiba masanya pembulian berlangsung. Serangan Liverpool dah masuk fasa Klavan dan Matip dah naik sampai garisan sepak mula. Dalam minit ke-36, sekali lagi Lallana menjadi hero Liverpool. Gerakan Milner dari sayap mencari Lana yang dalam kedudukan terbaik. Setelah menerima bola Lana melakukan pusingan Cruyff menlepaskan hantaran kepada Mane yang juga melakukan pusingan Cruff dan langsung merembat untuk gol ke-3 Liverpool. Separuh pertama tamat dengan Liverpool mendahului 3-0.

Separuh kedua Liverpool bermula dengan tempo agak sederhana. Kali ini baru nampak Hull dah mula nak balas dendam. Mereka mendapat sepakan sudut kali ke-3 dalam perlawanan tak silap. Sepakan mencari bahagian tengah, semua pertahanan tertumpu kat situ. Kesibukan mereka membiarkan bola kantoi didepan Meyler dan pemain itu merembat padu untuk Hull dapat gol saguhati dari tuan rumah. Habis punah impian Karius nak cipta rekod penampilan sulung cemerlang tanpa bolos. Liverpool 3-1 Hull.

Hull sangka gol pertama itu pembuka hijab gol mereka untuk kebangkitan. Mereka punyai harapan tinggi tengok cara pemain Hull meraikan gol. Namun tak sampai seminit, kegembiraan dan semngat mereka jatuh terhempas ibarat nangka buruk. Coutinho telah tunjuk belang dan merembat gol jarak jauh macam yang beliau selalu berlatih bersama Kapten Hendo. Liverpool menutup mimpi Hull untuk kembali dengan 4-1.

Kemasukan Sturridge memang berhantu. Kebolehan beliau memang memporak perandakan Hull. Beberapa gerakan beliau memang mengerikan pertahananan Hull. Tetapi kebolehan mendapatkan penalti adalah satu kepakaran yang memang semulajadi. Bek kiri Hull membentes rasanya sedikit sahaja tetapi jatuhan Sturridge memang meyakinkan pengadil untuk hadiahkan penalti buat kali kedua malam tadi. Raja penalti Milner, sekali lagi menjadikan malam tadi kenduri besar dengan keputusan akhir 5-1.

Klopp mencipta rekod baru dalam sejarah Liverpool 120 tahun. Menjaringkan 24 gol dari keseluruhan 8 perlawanan. Tapi takmau cakap yang sejarah mungkin berulang, pada masa kali terakhir Liverpool jaringkan gol dengan sukaria camtu, musim itu Liverpool jadi juara Liga Bahagian Dua Liga Inggeris. Itu cerita zaman belum Perang Dunia Pertama. Sekarang dah nak masuk Perang Dunia Ketiga, Liverpool sedang dalam era kebangkitan balik. Dengn Klopp tak mustahil segala impian boleh tercapai. Sampaikan perkembangan Klopp sedang dipantau oleh Gergasi Bundesliga , Bayern Munchen.

Liverpool dah lama tak main camni. Bukan setakat menang besar, tapi main penuh brrgaya. Pasukan lawan memang akan cari jalan untuk cari kelemahan Liverpool. Setakat ini memang nampak sempurna, tetapi masalah kebolosan kena perbaiki. Kemasukan Karius ganti Mignolet memang dialu alukan. Cuma kali ini Karius tak menonjol lagi dan kita belum nampak dia lebih hebat dari Mignolet disebabkan Hull memang tak bagi tentangan lansung. Lawan Swansea nanti kita nak tengok apakah prestasi Liverpool makin mencanak naik dan Karius bakal hadapi penyerang terbaik macam Llorente dan Sigurdson.

18 comments:

  1. Kslurhan mmng memuaskan. Sbnrmya liv bole blsah hull lbih drpd 5. Ada bnyk pluang yg x d sdahkan dgn baik. Rsanya klau hull x dpt kad merah, liv x bole dpt gol bnyk nie. Aq tngok smlm mcm smut hitam vs smut api dah. Tapi aq hairan, pnya bnyk tkaan score, stu pun x kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad merah tu Asbab je. Memang tuhan nk bg 5 cmna pun dpt 5 gak. Tapi itulah korang yg teka 5-0 ego kuat, kalau rendah diri letak bolos 1 rasanya dh ada 2 pemenang.
      * Al Syeikh Taukeh *

      Delete
    2. Bukan ego kuat bos .. hehehe
      Harapan utk dpt clean sheat ... blum kesampaian ..

      ~EncikNurud~

      Delete
    3. Siot orang tua nie.hahahaha...kalau tepat tekaan semalam tu,rekod bagi aku tau.

      Delete
    4. Ko masa tekan keypad nk teka tak kunyah kismis jampi yg tok syeikh kasi.. sbb tu tk miss

      Delete
  2. liverpool brtuah dpt kloop.. dia just beli player yg sesuai n perlu untuk team.. paling baek dia x hadap player star yg xde hati or demand dgn liverpool.. hope teruskn momentum.. in kloop we trust #ynwa

    -azhar ynwa-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mmg bertuah, sbb ex manager Setan Merah, Ferguson pun puji Klopp. Heran asal tk puji The Special One... Harap Klopp mengWengerkan diri kekal berpuluh tahun kt Anfield. Tapi bab kemut duit cam Wenger jgn tiru plak jahanammm

      Delete
  3. Kemngan smlm mmg dh agak cuma jumlah tu agak memeranjatkn.. mmg dh sgt lain mcm liverpool main skrg ni.. harap konsisten sepjg musim dan man city semput. Juara epl dlm genggaman insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya improvement... Skrg tgh tunggu consistensy plak

      Delete
  4. kemenangan semalam teringat zaman suarez strudge ...setiap gol 3-4 gol dlm tgn....

    kekalkan konsisten sahaja..leading 2-3 gol awal,utk lemahkan mental lawan dulu,kene sebiji xde isu..clean sheet cuma penting utk collect point fantasy sajo...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clean sheet penting, utk tgk kelebihan jika poin sama.

      Delete
    2. Teringat zaman suarez n sturridge tu btl2 enjoy...tp syg trlps d saat akhir..huhuhu..
      Aleym

      Delete
  5. Btul kata azhar ynwa. Aq hairan btul bab2 pembelian player ni. Dah hangat dah crita nak beli pemain ni pemain tu tapi last2 lain plak yg dpt. Mngkin hangat sngt crita smpai hangit. Apatah lagi player yg nak dibida player top mcm higuain,lewandowski,gotze joao mario,james dan rmai lagi. Nak dkatakn hngt2 tahi ayam x jgk sbb tahi ayam hangat kjap je tapi crita ni lama tapi x mnjadi. Xpelah klau diorang xnak join liverpool. Mngkin jga Kloop yg xnak sbb dia ada prncgn sndri dgn mmbeli pemain sdrhana dan hsilnya skrng mmng memuaskan. x perlu nak membida sampai 80 juta paun tapi dah kalah 3 kali. Memalukan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 80 juta??? 3 kali kalah??? Tim mane tu??? :)

      Delete
    2. Jangan sebut nama, nanti tersentap mereka dari dalam gua.

      Delete
  6. Mintak admin komen sikit psl karius vs mignolet.. sape yg patut start utk game lawan bangau putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu pre-match lawan Swansea. Nak letak sekarang tak guna. Sbb apa2 boleh terjadi dlm training. Tapi kalau ikut ranking Karius dh potong Mignolet.

      Delete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails