Kita petik balik komen DrZaf tentang bagaimana Jordan Henderson boleh sepak padu lencong untuk gol kedua Liverpool lawan Chelsea:
Bukan kebetulan. Biasa melakukan ini dalam latihan & berkerja keras berlatih . Sentiasa menjalani latihan dengan Stevie G, Suarez & Coutinho
Tudia rahsia Kapten kena kantoi dengan Dr Zaf, bekas Pakar Perubatan Liverpool. Sengaja nak tonjolkan benda ini. Sebab apa ianya ada kaitan dengan pakar sepakan luar kotak seperti Abang Long Gerrard, Mat Gigi dan Coutinho. Ini kalau cakap Dr Zaf Henderson secara tak langsung kehilangan sentuhan sekian lama sebab rakan pembimbing Gerrard dan Suarze dah tiada. Hanya tinggal Coutinho yang nampak pakar setakat ini.
Rasanya dalam skuad sekarang, selain Coutinho, ramai yang boleh sepak jarak jauh dengan tepat cuma mereka taknak ambil risiko kantoi atau memang kurang keyakinan, ataupun Klopp cuma benarkan pemain tertentu buat percubaan luar kotak. Kalau boleh kita nak tengok pemain buat percubaan rajin sikit dari luar kotak, sebab kalau pasukan susun bas memang susah nak robek cara biasa. Tapi kena rajin berlatih macam Hendo dan Coutinho, kalau tak memang sepak kelaut lah jawabnya.
Btl 2.. sbb lps ni liverpool akn bhadapan team ptghn liga n tim bawah.. jd team sprti ini x sdr dri ttg kmampuan mrka klu nk main tbuka lwn Liverpool.. mrka sedar bkl d bulan2 je klu main tbuka.. n jd mgsa belasahan klu bmain offensive.. jd slh 1 cra diorg nk dpt poin wlupn cma 1 poin adalh melalui parking bus ala chelsea n main counter long ball utk bunuh liverpool.. sbb 2 Liverpool prlukn Gol jarak jauh mcm henderson n coutinho wat.. sbb kta sedia mklum mmg ssh nk mnembus tim y main tlalu defensive.. apatah lg utk mjga kstabilan dlm myerang n bthn Ala Gegenpressing..
ReplyDeleteSetakat sekarang dalam pasukan tiada yg betul2 pakar selepas Suarez blah. Countinho dan Henderson kdg2 sj menjadi sepakan mereka. Coutinho kena latih tubi byk bg tajam skit. Firmino satu lagi power sepak jauh tapi musim ni dia tak selalu shoot jauh, mungkin nk main safe
ReplyDelete