Perlawanan dah masuk minggu ke-5. Liverpool sedang berada di tangga ke-6. Berada 5 mata dibelakang pendahulu Man City. Dan berkongsi 10 mata dengan pencabar Arsenal dan Chelsea cuma berbeza sebab pasukan kita banyak bolos. Tapi apa nak heran, masa keluar sahaja jadual perlawanan musim 2016/17, ramai pengulas cakap Liverpool akan koyak dalam 5 perlawanan pertama. Mereka membuat andaian sebab tiada pembelian Bek Kiri baru dan pemain tengah bertahan untuk sapot Emre Can.
Lawan Arsenal duit banyak tapi kedekut kat Emerites (Menang 3-4)
Lawan Burnley cap ayam kat Turf Moor (Kalah 2-0)
Lawan Spurs Naib Juara EPL kat White Hart Lane (Seri 1-1)
Lawan Leicester Juara Bertahan EPL kat Anfield (Menang 4-1)
Lawan Chelsea berwajah Azzurri kat Stamford Bridge (Menang 1-2)
Bila perlawanan berakhir semua keputusan jadi terbalik, dengan pasukan kuat kita tibai tapi pasukan cap ayam pula kena. Jadi segala perancangan Klopp sejak musim lepas lagi adalah tersangat tak dapat dijangka. Bukan macam Guardiola dapat pasukan hebat tinggalan Pellegrini. Klopp simpan dulu pemain tinggalan Brendan semusim, mana yang tak sesuai dengan beliau semua dipancung habis. Yang tinggal sekarang adalah pemain boleh diharap, namun mereka kena buktikan lagi dengan pemain baru.
Hasil dari 5 keputusan berakhir dengan 10 mata adalah satu kejayaan. Malah saya anggap luar jangka. Jaringan boleh ketiga terbaik dalam Liga Perdanan, dengan 11 gol jaringan hasil sumbangan dari Firmino (2), Coutinho (2), Mane (2), Lallana (2), Milner (1), Henderson (1) dan Lovren (1). Namun kebolosan yang tinggi 8 gol satu yang perlu diberi perhatian oleh Klopp. Majoriti gol bolos adalah dari percubaan dalam kotak, bukan lagi dari Setpis dan penjuru seperti sebelum sebelum ni. Hairankan, bila dah setel satu masalah rupanya masih ada lagi kena perbaiki.
Cuma jangan dok berangan nak cerita mencabar kejuaraan Liga lagi. Jalan masih berliku. Klopp sendiri tak mahu terbawa-bawa dengan prestasi terkini. Dia ingatkan pemain supaya bekerja keras dan pastikan main dengan konsisten. Takut jadi macam peminat Man United, ingat beli pemain rekod dunia, Pogba, Penyerang Kuda Tua, Encik Ibrahim dan beli Bek Tengah mahal, dah rasa gelaran Kejuaraan dalam genggaman. Kita rileks dulu tengok perkembangan selepas ini. 10 perlawanan nanti kita rebiu balik adakah KPI selepas ini.
Saya mcm dah dpt rsa kelab yg bkal juara. Kita boleh tengok konsisten permainan MC skrng ni dgn rekod tanpa kalah dalam 5 awal prlawanan dan menghasilkan bnyk gol. Walaupun ada bnyk lagi prlawnn, klab yg bkal juara dah dpt drasai sdkit demi sdkit. Sama zman CHE 2 msim lalu yg mngklkn rntak prmainan dgn rkod tnpa klah pda awal msim shinggalh kelab Newcastle mmcahkan rkod itu di prtnghan msim. Liverpool kena berhati2 dlm mnntang apa2 kelab x kira kelab atas atau bawahan. Pandang pihak lawan dgn pndgn yg sma. Keep it up. You can do it. YNWA.
ReplyDeletekita kena realistik iaitu kejar top 4 dlu.. kalau bole kekalkan purata 2 point stp game x mustahil dpt top 4.. bila firmino, karius n emre can dah pulih team kita akan ade depth yg baik.. yg paling penting kena atas kelab setan merah hahaha..
ReplyDelete-azhar ynwa-
Yang nie saya setuju...benar yang arif.kejar top four dulu dan pastikan penyokong setan belajar apa itu erti GUA.pastikan duduk dalam gua sampai hujung musim.
DeleteSyok yer membahan pasukan Setan.
Delete