Carra on Matip pic.twitter.com/oz4eFZ5JOm— LFCTS (@LFCTS) September 17, 2016
Macam selalu saya takkan nak semberono nak puji atau yang belum habis tempoh eddah semusim. Tetapi bagi kes Matip, terpaksa nak cakap kita dah jumpa permata yang hilang selepas Sami Hyypia. Tinggi lampai, ada kepantasan serta ketenangan, namun paling penting dapat percuma. Kita tengok carta harga berbanding pertahanan lain yang setanding.
Stones £50mMangala £40mMustafi £35mDavid Luiz £32mOtamendi £32mSetakat sekarang mana nak dapat pertahanan dah percuma, muda lagi baru 24 tahun. Kalau Matip masih ada kontrak, katalah setahun lagi kat Schalke 04, korang rasa berapa nilai beliau jika Liverpool beli. Saya pernah dengar tak silap Arsenal/Chelsea pernah bida sebelum ini, dekat £15juta tapi Schalke tolak. Sebab itu Matip tolak tawaran kontrak lepas itu dan mahu keluar secara percuma. Rezeki Liverpool sebab Klopp kat Liverpool. Asbab Klopp, Matip tak pandang kelab lain.
Lovren : 7 Keluarkan Bola, 4 Bentesan, 4 Rampasan, 1 Jaringan.
Matip : 4 Keluarkan Bola, 3 Bentesan, 3 Rampasan, 95% Hantaran Tepat.
Sekarang Lovren dan Matip rasanya gandingan tengah paling terbaik. Terbaik bukan sebab individu tetapi saling melengkapi, walaupun masih perlu jauh lagi kesefahaman. Kemasukan beliau rasanya meredakan kebimbangan masalah bolos Liverpool sebelum ini. Bukan Matip tak buat silap, gol Costa, Matip ada saham juga sebab pergi terjah angin kearah Matic. Namun yang penting Matip dapat perbaiki kesilapan itu untuk perlawanan selepas ini.
setuju bro, matip boleh pergi jauh dgn Liverpool. yg penting tandukan dia menjadi baik bertahan atau pun menyerang
ReplyDeleteThe next Sami Hyphia
ReplyDeleteYu betul lupa nak mention tandukan
ReplyDeleteTokeysiber,xda video khas ke tntg si matip nie..yg latest pnya...aleym
ReplyDeleteAde kot. Tp kena godek dlm youtube. Mrboywunder kot tak silap kaki buat kompilasi pemain lfc
Deleteapa yg sy nmpk bro, kesefahaman, team work between lovren dgn matip mmg best. sbb bkn senang nk menjinakkan pemain yg agressive mcm costa. cuma defensive error tu biasalah kdang kdang terjadi mcm smlm elok plak matip baring kt padang last last kene goreng dgn matic haha. clyne pon so far ok. clyne and mane pon smlm mmg cun dorang ttup ruang hazard. sbb kte tahu hazard mmg world class player. klau dia pegang bola , tk selamat lah hidup haha. tp dorang berjaya shut down hazard. one of the best and epic strategy by klopp. cuma tu lah, kite kene ade gak left back baru. milner mmg ok cuma dia kaki kanan, so agak susah utk dia passing or nk clear ball ke. harap² moreno dpt di perbaiki dan di kembali kan ke back 4 .
ReplyDeleteSib baik ko mention Hazard. Lupa dia ada main rupanya. Tak ingat lansg hahaha. Kena telan dgn Clyne kot masa tu.
DeleteMilner hanya stop-gap, Next season ada kot LB baru, tapi makin lama makin syok tgk Milner main kt situ. Dia otak jalan walaupun slow. Berbanding Moreno laju mcm pelesit tapi main takde pedoman
Tapi nk kutuk pemain sendiri tak bagus kan. kalau dia mmg tak sesuai baik jual kesian takut hilang semangat nk main bola. Tgk mcm Balotelli keluar dh Ok balik.
bila la nak tgok sakho main. rindu betul kat kelibat pak itam tu
ReplyDelete