Mignolet
Clyne Lovren Matip Milner
Lallana Henderson Wijnaldum
Mane Firmino Coutinho
Semua dah tahu dan boleh jangka kesebelasan terbaik Klopp terkini. Pengecualian kepada Karius. Tak pasti samada Karius dah dapat lesen penuh untuk kemudi benteng terakhir Liverpool untuk tapau Mignolet. Ikut penilaian saya masa lawan Derby, Karius masih gelabah juga dalam pertarungan diudara. Tapi bola bawah, dia memang sempoi dan mantap sekali. Nampak kerap naik dan bergerak cepat untuk tutup ruang, jika pertahanan terkantoi dan penyerang lawan nak menyusup masuk.
Lawan mungkin boleh baca corak Gegenpressing Klopp. Sebab barisan kemungkinan dah boleh teka. Tetapi apa yang saya dok perati sejak dua menjak, Gegenpressing ala Liverpool berevolusi. Tapi bukan macam Filem Evolution dari ulat sampai jadi naga sikit punya ganas. Setakat sekarang evolusi taktikal Liverpool nampak ada kepelbagaian. Dari segi rentak dan juga corak serangan.
Nak buat perumpamaan sikit dengan taktikal sekarang berbading sebelum ni, Kalau dulu tempo kira nak tibai main Heavy Metal awal samapi habis, tapi pancit buat apa. Sekarang main macam muzik Dewa19, mula-mula masuk Rock dekat korus ada dangdut sikit. Nak cerita bagitahu, kemasukan beberapa pemain macam Mane dan Gigi dah lain cara Gegenpressing dimainkan.
Kita boleh berbangga dengan serangan namun dari segi pertahanan kena perbaiki lagi. Jaring banyak dan bolos banyak bukan ciri-ciri pasukan yang nak menang Kejuaraan. Jika terikat mata contohnya dalam perlawanan ke-38, perbezaan gol antara jaring dan bolos akan tentukan juara sebenar. Kemasukan Matip berganding dengan Lovren kian nampak serasi dari masa kesemasa. Bukan mereka sahaja perlu bersefahaman, keseluruhan pasukan kena bekerjasama dalam situasi bertahan dari serangan.
Liverpool memang ada masalah dengan jenis perlawanan lawan dengan pasukan bawahan. Jika korang teliti rasanya tren dah berlarutan dan jadi wabak penyakit sejak lima-enam tahun dulu hingga sekarang. Itulah pasalnya selalu bila seronok belasah pasukan kuat, tup-tup lawan pasukan cap ayam kena tibai. Tak payah nak jauh sangat, perlawanan dengan Burnley contoh ikhtibar terbaik buat tauladan.
Lawan tahu dan sengaja bagi pasukan kita seberapa banyak masa untuk penguasaan bola. Liverpool memang penuh menjiwai permain hantaran bila lawan buat-buat bertahan dengan padat. Tetapi ada pasukan sengaja main sebegitu, sebab mereka dah nampak bagaimana berkesannya Chelsea bermusim lepas mengenakan kita dengan corak susun bas dan serang hendap macam Komunis Bukit Kepong. Macam dah jadi tren, nak bagi Liverpool bungkus baik main susun bas.
Terkadang itulah yang membimbangkan. Takut Hull pula nak tiru Burnley. Nak hadap Hull yang kena belasah dengan Arsenal, mungkin sedap. Tapi kalau Hull yang main lawan Leicester camna. Sukar juga nak bendung corak mereka yang agresif dan punyai penyerang sado. Paling bahaya bila mereka dapat peluang serang hendap, jika pemain pertahanan silap langkah kena getah punya. Zaman selepas era Steve Bruce memang Hull nampak lain macam ganas macam Harimau lapar.
Saya tak berani nak cakap Hull cabaran sukar atau mudah , dengan bergantung kepada keputusan lampau mereka. Ya mereka menang dengan Leicester tapi tewas besar kepada Arsenal. Jadi kekuatan dan kelemahan mereka ada jawapan dalam kedua perlawanan itu. Jangan dok nampak saya timbulkan kerisauan. Bolasepak sukan yang penuh kejutan. Apapun boleh berlaku, samada menang, kalah atau seri. Kita harap pasukan main dengan sepenuh hati dan jangan pandang rendah lawan macam kes Burnley. Di ulang sekali lagi taknak malang menimpa macam kat Burnley.
Liv 3 - 0 hull
ReplyDeleteLiv 3-1 hull
ReplyDeleteAleym
This Is Anfield. Liv hrus belsah hull mcm leicester. Kiraan score, dsbbkan wajib bolos,cincai2 Liv 4-1 Hull. Jgn kalah kat cni, che vs ars klau nasib che x baik kita naik takhta.
ReplyDeletebunyi macam exited sbb teka betul last week kot..
Deleteteruskan rentak kemenangan..
ReplyDeleteLiverpool 4-1 Hull
#ynwa
Liverpool 2 xdak hal 0
ReplyDeleteBurung Liver 2-0 Tok Belang Hull..
ReplyDeleteklu Ahsengal y kta bedal ble buat.. kta pstinya ble buat jga insyaAllah.. tp hrpnya kli ni clean sheet..
Karius masuk mungkin clean sheet..
DeleteLiv 2-1hull
ReplyDelete-qe7-
3-0 -jfkberger-
ReplyDeleteDah bape kali teka tak mengena.memang tak pandai nak teka sebenar nya.tapi cabaran harus di sahut.pantang anak petani moden mengundur kalah.kali nie nak teka besar sikit.kita menang 5 - 0...
ReplyDeleteni kira paling realtik ke bro
Deleteliv 1 hul 1
ReplyDeletesori geng, tak konfiden lagi walaupun main belakang rumah
nama pun teka. kekadang mungkin betul
DeleteLiverpool 3-0 Hull
ReplyDeleteLiverpool 3 - 0 hull citik
ReplyDeleteLiverpool 3 - 0 hull citik
ReplyDeleteliv 4 - 0 hull c
ReplyDelete-stan-
tapau Abis
ReplyDeleteliv 6 - 0 hull
kumai..
Liverpool 7-0 Hull City..hehehe
ReplyDeleteLiverpool 7-0 Hull City..hehehe
ReplyDeleteMak aii...melantun2 score haa...sapo nak toko 8-0 pulak?
ReplyDeleteni dah lobih ..
Deletekang cakap tak reolistik kono botui
apo nak di kato.. apo nak di kato..
The Reds 3-2 Hull city
ReplyDeleteLiverpool 2-0
ReplyDeleteliv 4 hull 1
ReplyDeleteya teka jgn x teka... kita tngok sapa yg kena. hahaha. tapi klau liv kalah jgn lupa komen juga. hahaha..lpaskan prsaan yg terpendam jgn d simpan. brikan bbrpa pngulasan.
ReplyDeletekita nk tgk yang teka lebih dari 4 gol..
Deletecamna diorg bleh teka camtu
mesti ader dalil..
liv 3-1 hull
ReplyDelete-cucu mak leha-
Ini kali clean sheet boh ..
ReplyDeleteLiverpool 5 - 0 Hull
~EncikNurud~
liverpool 1-0 hull city
ReplyDelete-azhar ynwa-
Liverpool 3-1 Hull
ReplyDeleteexcited tu mmng excited la. tapi 2 kali je bole. kali ke tiga konfom x tepat. klau tepat buat kenduri aq. hahahaha...
ReplyDeleteLiv 3- Hull 0
ReplyDeleteLiv 3- Hull 0
ReplyDelete