Derby 0-3 Liverpool
Penjaring:
Klavan , 24'
Coutinho, 50'
Origi , 54'
Tahun sebelumnya, ingat lagi nak lepas pusingan ke-3 kemain menyeksa. Masa tu lawan Carlisle United, pasukan Divisyen mana tak ingat tapi perlawanan terikat 1-1 sampai terpaksa main penalti. Rasanya majoriti pemain dalam kesebelasan masih ada kecuali hero pada malam tu Bogdan yang selamatkan beberapa penalti. Apa yang nak bagitahu projek Klopp untuk Piala EFL kali ini tetap macam tahun lepas, beri peluang beberapa pemain simpanan main untuk beri saingan kepada pasukan utama.
Karius diberi peluang ganti Mignolet. Matip bergandingan dengan Klavan nagi merehatkan Lovren. Clyne kekal tetapi Moreno ganti Milner di pertahanan sisi. Gandingan trio tengah dirombak. Lucas dan Grujic masuk, Hendo kekal tetapi kali ni main lebih keatas dengan Lucas sebagai pengawas pertahanan, Grujic pula sebagai orang perantaraan. Firmino kembali dari cedera menggantikan Mane dan bersama Coutinho membantu Origi yang bertindak sebagai penyerang solo. Formasi nampak macam 4231.
Perlawanan memang berat sebelah. Bukan pengadil tetapi, corak Liverpool buatkan Derby tak keruan. Mereka hanya bertahan dan berkejar-kejaran bola. Tetapi Liverpool mengungguli penguasan bola dengan hantaran cermat dari semua pemain termasuk penjaga gol. Karius nampak begitu selesa pegang bola, buat hantaran serta tak berapa gelabah jika kena serbu dengan penyerang lawan. Bercakap tentang penyerang lawan, tak sangka Darrent Bent, bekas penyerang berbisa Liga Perdana rupanya belum bersara dan main dengan Deby. Tapi kudrat beliau tak sama macam 10 tahun lepas.
Liverpool saya nampak sejak awal-awal dah boleh dapatkan gol, kalau pemain tak main tamak dan pentingkan diri untuk konon nak main tunjuk kemahiran individu sangat. Paling menonjol Origi, banyak kali cuba nak jadi hero bawak bola sendirian padahal ada opsyen disebelah, kawan dah buat larian dikawasan lapang. Patutnya cuba buat hantaran dan main satu dua, dan mungkin Derby akan kena azab awal-awal lagi. Ada juga situasi beliau dijaga rapat, tapi nak buat rembatan juga. Mungkin dia yakin dengan sepakan, cuma terlampau kuat melencong jauh.
Kebuntuan gol takkan panjang dengan corak Liverpool main. Cuma tunggu masa dan ketikanya. Kepelbagaian corak serangan dari tepi dan tengah dan juga atas. Dok tunggu punya tunggu punya tunggu, mata dok rabak dah. Kopi dah abis sekole, talian 3G pun sekejap 2 batang sekejap 3 batang. Tettiba dari sepakan penjuru yang berbelas kali, kali ini Sepakan penjuru Coutinho sampai ke kawasan tengah mencari Origi. Origi telah dicabar dua orang pemain dan jatuh tergolek. Tetapi bola terkena pertahanan Derby dulu, kantoi didepan Klavan. Apa lagi mamat tu pun menibai dengan kaki kidai tak kuat mana tapi cukup-cukup nak bagi Liverpool mendahului tuan rmuah dengan 0-1.
Keputusan kekal dengan 1-0 sampai tamat separuh masa. Derby buat perubahan taktikal, masukkan bekas pemain remaja Liverpool, Tom Ince. Konon nak sergah balik Liverpool. Tetapi Liverpool kembali mengganas, dengan permainan individu Coutinho. Dapat bola dari tengah, Coutinho menggolek bola dari tengah, macam dapat arahan secara Telepati, Firmino tunggu didepan diantara ramai pemain, terima bola Coutinho dan kembalikan bola kepada Coutinho yang dah tetiba masuk hampir dalam kotak dan buat larian dicelahan pertahanan dan jolok masuk bola dengan selamba. Derby kena lagi sebiji dengan keputusan 0-2.
Derby dah jadi cacamerba, mereka juga menyerang tetapi tak berapa nak mengguris mencalarkan sedikit pun pertahanan Liverpool. Banyak bola bahaya dari serangan udara. Memang mereka punyai kualiti kat situ. Teapi Karius banyak main peranan dalam mematahkan serangan Derby dalam serangan udara. Dia rajin dan berani keluar tepis dan tumbuk bola keluar. Bukan semua patut tumbuk, tangkap pun boleh dapat, tetapi Karius tak mahu ambil risko kot. Dia juga telah menyelamatkan hantaran belakang yang tak sampai dari Henderson dengan masuk dan memblok bola dari dirampas Bent. Gaya-gaya permainan macam Pepe Reina dah ada.
Dalam asyik Derby nak kuasai permainan dan bangkit buru gol, Liverpool membunuh permaian tak sampai 5 minit dari gol ke-2. Gerakan dari Clyne dipatahkan pertahanan derby, tetapi Coutinho sekali lagi menjadi hero dengan melorongkan bola kepada Origi yang dah buat larian diantara pertahanan terakhir Derby. Lorongan Coutinho disambut Origi dengan sedikit larian kedepan untuk cari sasaran dan BOom, kena lagi seketul Derby. Liverpool menjadikan Stadium Ipro makin sunyi dari jeritan peminat Bebiri Jantan.
Pertukaran Hendo dengan Emre tak bawa apa apa perubahan dan pertambahan gol. Tapi bila Emre dapat main diposisi kegemaran tengah menyerang, ingat Mat Don Krasniqi pemain Kedah. Kemain lincah dan agresif Emre main maklumlah dah pulih dan cergas kembali. Penampilan sulung Ejaria memang ngam sebab dah stedi mendahului , risiko nak letak pemain tanpa pengalaman itu memang satu perkiraan bijak dari Klopp. Iyalah dari kecil kat Akademi Arsenal, dua tahun lepas kena buang. Tetiba dapat main dalam pasukan utama. Memang satu perkara luar biasa. Kemasukan Ings sekadar nak bagi minit permainan.
Dari persembahan keseluruhan kita puji pemain yang kian faham silibus gegenpressing. Termasuk Karius yang pada saya mampu tandingi Mignolet namun perlukan lebih kerja keras nak yakinkan Klopp beliau dah bersedia mental fizikal. Grujic makin menyerlah diposisi tengah tetapi tugas mengawasi pertahanan dari tengah dilaksanakan Lucas dengan cermat sebab pengalaman beliau. Origi memang penyerang bagus tetapi saya lebih suka Sturridge sebab dia lebih kreatif. Cuma masa akan tentukan Origi bakal jadi macam Lukaku atau kebih hebat dari itu. Tak sabar nak tunggu siapa bakal kita hadapi dalam pusingan ke-4 nanti.
skli lgi aq mndpt 2 khabar baik skligus...teka kat cni cuma latihan utk kat prduan. hahaha....
ReplyDeleteAda plak sesi latihan hahaha..
ReplyDeletesyabas Fazlin & Aleym.. pemenang teka tapi takda mata.
ble komen skit bro moreno pnya performa da ada peningktn ke.. sy x dpt tgk game efl awl pgi td..
ReplyDeletePeningkatan tak perasan plak. Tapi dia boleh maintain tak main mengarut sepanjang perlawanan. Itu kira peningkatan gak kan...
ReplyDeletelawan spurs pulak. harap2 spurs fokus pd chmpions league dan liga je
ReplyDelete