
Kita masih berjaya memberikan tekanan kepada Man U apabila mengutip mata penuh di KC Stadium. Keseluruhan perlawanan boleh dikatakan dikuasai oleh kita walaupun pada separuh masa utama kita hanya mampu menjaringkan gol melalui Alonso yang merembat selepas sepakan percuma beliau dihalang oleh bek Hull. Hull juga mempunyai peluang berbahaya hasil setpis. Geovanni hampir mengejutkan kita dengan rembatan voli dari luar kotak.
Separuh kedua telah memberikan kita lebih aksi apabila Hull meningkatkan usaha untuk memberikan tentangan. Namun Kuyt lebih dulu memberikan kita ruang selesa pada minit ke 63. Kemudian insiden kad merah berlaku apababila pemain Hull, Folan menendang Skrtel seperti kes Pepe bek Real Madrid. Jaringan Geovanni pada minit 72 membuatkan kita agak kecut telur, kerana mereka berjaya menghasilkan gol melaui serang balas yang pantas dan mengekploitasi bek kita yang terlalu gila menyerang. Namun Kuyt menjadi pemusnah apabila gol minit 89 mengakhiri usaha Hull untuk memberikan kejutan saat akhir.
Keseluruhannya kesemua pemain menunjukkan persembahan konsisten termasuk Lucas. Namun apa yang memberikan kegusaran ialah barisan pertahanan kita masih lemah ketika menerima asakan serang balas lawan. Kuyt dan Benayoun merupakan pemain yang harus diberikan pujian kerana mereka berjaya membuatkan pertahanan Hull tidak senang duduk.
Liverpool: Reina, Arbeloa, Carragher, Skrtel, Insua, Kuyt (Dossena 90), Alonso, Mascherano (El Zhar 83), Lucas, Benayoun (Agger 88), Torres.
Subs not used: Cavalieri, Ngog, Aurelio, Riera
Booked:
Goals: Alonso (44), Kuyt (63,89)
Hull City: Myhill, Kilbane, Turner, Zayette, Ricketts, Boateng (Manucho 80), Marney, Barmby (Cousin 62), Fagan (Mendy 62), Folan.
Subs: Duke, Halmosi, Hughes, Garcia
Booked: Fagan (60)
Sent off: Folan (58)
Goal: Giovanni (73)
Referee: Martin Atkinson
Attendance: 24,942