LONDON - Nicolas Anelka telah mengejutkan Chelsea dengan mendedahkan rasa sayangnya terhadap kelab pencabar utama, Liverpool.
Penyerang Perancis itu menjelaskan, The Reds telah berjaya membantunya menjadi seorang pemain yang cemerlang ketika dipinjamkan ke Anfield pada Disember 2001.
"Saya bermain dengan cemerlang di Liverpool kerana saya bermain di posisi yang sesuai dengan saya," kata Anelka yang telah menjaringkan 21 gol buat Chelsea musim ini.
"Ketika itu ada Michael Owen, penyerang yang berkaliber dan juga Emile Heskey yang banyak membantu mencipta peluang di depan gol.
"Ketiga-tiga kami banyak membantu antara satu sama lain.
"Saya bermain sebagai penyerang tengah ketika di Arsenal dan menjaringkan banyak gol, jadi semua orang ingat itulah posisi terbaik saya tetapi sebenarnya tidak.
"Matlamat utama saya ialah bermain dengan baik dan itulah yang membeza- kan saya dengan penyerang yang sebenar.
"Jika dalam satu perlawanan saya menjaringkan gol selepas 85 minit beraksi, saya tidak akan gembira.
"Hubungan saya dengan bola sepak England seperti sebuah cerita cinta. England adalah sebuah negara yang indah.
"Saya telah tinggal di Perancis, Sepanyol dan Turki tetapi England adalah tempat yang saya lebih gembira." - Agensi
No comments:
Post a Comment