Malangnya ketiadaan tonggak utama seperti Almunia, Glicy, Gallas dan Djorou bakal membuatkan bahagian pertahanan Skuad Senapang ini agak mudah untuk dimanipulasi oleh barisan hadapan kita. Sagna memberikan mereka berita gembira kerana sudah pulih dari kecederaan, dan selainnya mereka hanya mengharapkan Fabianski, Toure, Silvestre dan Gibbs untuk menangkis serangan kita.
Wenger memang sedikit runsing dengan ketiadaan gandingan berbahaya Persie-Adebayor. Kedua-duanya pasti tidak dapat diturunkan untuk perlawanan esok. Namun pemain seperti Bendtner dan Eduardo masih dianggap berbahaya kepada bot-bot kecil. Tetapi Arshavin adalah pemain tumpuan saya kerana beliau merupakan pembelian terbaik Wenger januari lalu. Kalau tidak keran beliau pastinya Arsenal masih dibelakang Aston Villa disaat ini.
Barisan tengah mereka kalau dibandingkan kita, mereka lebih kreatif dan mobil. Fabregas adalah pakar hantaran pendek dan mempunyai mata helang yang dapat melakukan hantaran maut kepada penyerang. Alex Song pula memberikan kejuan kerana prestasi dan skill beliau telah meningkat mendadak sejak awal musim. 2 D, Diaby dan Denilson pula sama-sama muda tetapi bersaing sesama sendiri untuk kesebelasan utama dan bukannya saya hendak puji, mereka lebih baik jika dibandingkan dengan Lucas.
Bahagian sayap pastinya diisi oleh Nasri dan Walcott disebelah kiri dan kanan. Masing-masing mempunyai skill yang mantap dan mampu membuatkan fulbek kita tidak kering peluh. Nasri walaupun diwar-warkan bakal menjadi pengganti Zidane tetapi belum mencapai tahap lagenda Perancis itu, tetapi nampak berevolusi kearah itu. Walcott pula masih belum menjadi musim ini tetapi beliau jika dididik dan diasuh dengan sempurna pastinya tiada tempat lagi buat Beckham dalam skuad England.
Akhir sekali tidak dilupakan Eboue, budak emas Wenger. Beliau boleh dibandingkan dengan Kuyt. Namun beliau lebih pantas dan boleh diletakkan dimana-mana posisi. Tetapi kelemahan ketara beliau ialah tidak mempunya idea untuk melakukan penyudah dan mudah terbah apabila tersentuh lawan. Dan jika beliau diturunkan pastinya berita gembira buat kita.
Sayap Asenal kedua-duanya laju..Mungkin Insua pilihan yang sesuai bagi mengekang Walcott..Same2 muda, dan mungkin Insua lebih bersemangat kerana baru selesai dpuji oleh RB beberapa hari lepas.
ReplyDeleteTp bagaimana pula dengan kekangan terhadap Sahin?Arbeloa mungkin tidak cukup pantas..tapi kita mengharapkan Arbeloa berada di keadaan terbaik hari ini..Lagi2 dgn bantuan Kuyt, si pelari marathon utk mengekang kelajuan Sahin..
Kill the midfield, kerana amat jarang gol Arsenal berpunca daripada hantaran bek ke penyerang (seperti carra ke Torres utk gol pertama menentang Blakburn)..jd mungkin Alonso should do some dirty works again..melibas kaki fabregas..hahaha..kalo de xsanggup dh, anta je Lucas..bak kata bro beemer..Lucas The Mesin Rumputman..kakaka..jgn silap libas kaki Eduardo sdhla..mamat tu baru je nk start mane blek..
Mungkin cara d atas terlalu keji, jd sbnrnye close down yg efektif diperlukan utk mengekang jentera tengah Arsenal..masche,Alonso dan Lucas (kalau main), perlu berkerja keras..
adoyai ..
ReplyDeletemmg cerah la harapan si tukang mesin rumput tu main mlm ni ...
kena lak jadi AM belakang Torres ...
ngeri betul ....