Persoalan itu sering kali menjadi perdebatan umum dalam bola sepak terutama di pentas saingan Liga Perdana England.Apa yang pasti, kehadiran dua pemain tengah itu bakal menjadi penentu kepada peluang pasukan masing-masing, bukan sahaja di pentas domestik tetapi juga Eropah.
Awal pagi esok, Gerrard dan Lampard berpeluang menyajikan aksi terbaik mereka apabila Liver- pool melayan kunjungan Chelsea di Anfield pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara.Namun, jika persoalan siapa yang terbaik diajukan kepada pemain Chelsea, mereka pastinya memilih Lampard. Sebaliknya pemain Liverpool pula tetap dengan pendirian untuk menganggap Gerrard sebagai yang terbaik.
Bagi bintang Chelsea dari Perancis, Florent Malouda, dia menilai Lampard sebagai pemain yang lebih baik berbanding Gerrard.
"Bagi saya, pemain terbaik adalah rakan saya sendiri iaitu Frank Lampard," kata Malouda kepada agensi Guardian."Saya tidak akan pernah mempertikaikan kemampuannya. Dia sangat khusus dan selalu fokus untuk menjaringkan gol. Dia juga seorang pemain yang penuh dengan tenaga.
"Ketika kami menewaskan Liverpool pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, watak yang membantu kemenangan itu ialah Lampard."Namun, Malouda yakin pertembungan antara Gerrard dan Lampard di Anfield esok bukan penentu sebenar kepada peluang kedua-dua pasukan.
"Berdepan dengan Gerrard akan menjadi salah satu kunci kami untuk mara ke perlawanan akhir."Begitupun, kami juga perlu terus meningkatkan disiplin. Dalam menghadapi Liverpool, setiap pemain dalam pasukan kami perlu tampil berbeza," tambahnya. - Agensi
No comments:
Post a Comment