Mungkin bagi Torres Trofi Liga Juara-Juara Eropah amat beliau idamkan, tetapi bagi saya Kejuaraan Liga lebih mengujakan saya. Namun begitu kalau dapat kedua-duanya sekali memang enak juga. Sepanjang penglibatan saya sebagai peminat LFC seawal 90an, kesemua piala dan Trofi telah saya lihat dijulang oleh pemain kita tetapi hanya Liga Perdana Inggeris belum saya rasai sebagai peminat.
Berbalik kita kepada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Chelsea khamis pagi. Apa yang menarikya musim ini kita telah berjaya memenangi kedua-dua perlawanan Liga dengan mereka. Walaupun dengan margin kemenangan kecil 1-0 dan 2-0, tetapi apa yang dapat saya lihat adalah persembahan kita begitu bersahaja dan mendominasi perlawanan. Malah barisan serangan Chelsea mudah dijinakkan dan mereka jarang mempunyai peluang dikubu kita. memang percaturan Rafa begitu menjadi dan pemain kita waktu itu bermain sepenuh hati.
Sebagaimana yang kita tahu, kemasukan semula Essien dan Drogba dalam pasukan Chelsea telah menyuntik kembali kemantapan mereka. Dengan kekuatan mereka yanga sedia ada mereka kembali kelandasan kebangkitan untuk membalas dendam. Malahan dengan bekal kemenangan 2-0 mereka dengan Newscastle tempohari saya cukup yakin mereka cukup bersedia menghadapi kita.
Hiddink merupakan salah seorang jurulatih yang saya kagumi dan sememangnya pakar strategi bolasepak. Lihat sahaja, Korea, Autralia dan Rusia. Dengan mempunyai pemain yang sederhana beliau mampu membawa pasuka-pasukan tersebut daripada skuad belasahan kepada pasukan pembunuh gergasi (giant killer). Namun pertemuan lalu dengan kita pastinya akan dipergunakan oleh beliau untuk mencari formula baru setelah gagal buat kali pertama Januari lalu.
Saya bukan memuji pasukan lawan tetapi mereka juga mempunyai kelemahan dan juga kekuatan seperti mana kita ada. Dengan ketiadaan Mascherano, pastinya Lucas akan berganding dengan Alonso. Ini mungkin mengurangkan sedikit kekentalan kita dibarisan tengah pada pendapat umum. Tetapi bagi saya Lucas memang budak pelik. Perlawanan dengan Man U cukup menunjukkan kita bahawa Lucas bermain baik dengan pasukan yang bermain secara terbuka tetapi perlawanan Fulham beliau antara pemain yang paling menyakitkan hati untuk dilihat.
Saya yakin Gerrard bakal pulih menentang Chelsea nanti, tetapi kita pasti kesal jika mempetaruhkan Gerarrd yang masih cedera bakal mengundang musibah yang lebih besar. Babel atau Benayoun memang berpotensi bermain diposisi Gerrad dan mereka juga berkebolehan menjahanamkan Chelsea jika diberi peluang. Malah dengan kemasukan semula Reira pastinya akan meberikan kekuatan dibahagian sayap. Barisan lain tidak mengalami apa-apa perubahan besar dan pastinya jika kemenangan dicapai di Anfield nanti akan membawa bekal selesa ke Stamford Bridge kelak.
No comments:
Post a Comment