Gerrard terlepas aksi suku akhir kedua Liga Juara-juara Eropah ketika seri 4-1 menentang Chelsea selepas mengalami kecederaan itu, sehari sebelum perlawanan berkenaan di Stamford Bridge.
Kapten Liverpool itu diarahkan berehat untuk perlawanan menentang Arsenal, Selasa ini dan kemungkinan juga bagi pertemuan menentang Hull di tempat lawan, Sabtu depan.
“Ini satu tamparan hebat pada saat genting bagi cabaran kami,” menurut satu kenyataan laman web kelab berkenaan.
Dalam perkembangan lain, ramai penyokong Liverpool berang terhadap penjaga gol simpanan, Charles Itandje yang berkelakuan kurang sopan ketika majlis memperingati mangsa Hillsborough.
Pengurus pasukan, Rafael Benitez dan pegawai kanan lain di Anfield marah dengan visual televisyen yang menunjukkan penjaga gol itu ketawa dan melakukan aksi tarian ketika majlis memperingati tragedi di Hillsborough.
Mereka akan menjatuhkan hukuman denda maksimum 25,000 pound (RM175,000), memecatnya dan mungkin dijual pada musim panas depan. - Agensi
No comments:
Post a Comment