
Cabaran sayembara di eropah kembali menjengah. Ujian kali ini agak samar. Fc Utrecht, cabaran dari belanda amat kurang perhatian media. Hanya yang selalu kita dengar ialah penyerang muda mereka Van Wolfsinkel, yang lain cukup misteri. Dari jurulatih, pemain sehingga pembancuh air tidak tersohor kecuali pemain kita Kuyt, telah berkidhmat selama 5 tahun di sana dan membina kerjaya sehinggalah Fayernood datang memikat beliau. Jadi buletin Liverpoolkita tidak cerita banyak pasal kelab lawan yang penuh misteri, kerana tidak cukup bahan bukti.
Jadi kita teruskan dengan pasukan kita. Rekod 100 % menang 5 dari 5 perlawanan dalam kejohanan ini bolehlah dibanggakan, walaupun tak segah Liga Juara-Juara. Nasib di Liga Inggeris tidak berjangkit nampaknya di Eropah buat masa ini. Mungkin semangat kemenagan di Eropah tidak menjadi motivasi kerana lawan yang kita hadapi umpama kacang goreng berbanding di Liga umpama kacang berangan, silap gigit patah gigi. Legasi Rafa nampaknya masih tak berubah era Hodgson.
Petik wawancara Hodgson, dia mahukan pemain terbaik mengetuai cabaran kelab Belanda itu. Mungkin kesebelasan utama dikekalkan atau seorang dua hanya direhatkan. Tapi yang pasti Kuyt, akan bermain untuk memantapkan staminanya. Torres mungkin tetap bermain supaya keyakinan depan gol kian utuh selama beberapa perlawanan ketandusan jaringan. Meireles bakal bermain ditengah mungkin kerana dia memang dibeli untuk posisi itu. Agger sah dikiri kecuali Hodgson letakkan Kelly, untuk siapkan Agger untuk lawan Blackpool ahad nanti.
Sayang sekali kita tidak dapat melihat kelibat Spearing lagi. Namun saya harap Hodgson ubah fikiran, sebab pemain ketot itu amat efektif main dengan pemain Meireles, bukannya Lucas atau Poulsen. Dan kalau boleh saya mahu lihat Kelly di bek kanan dan Johnson main disayap seperti saranan lagenda kita, John Aldridge. Pemain muda lain saya tak harap sangat diberi peluang kecuali Pacheco. Pacheco yang boleh bermain dimana sahaja dibahagian tengah dan serangan mungkin layak untuk diberi peluang untuk menonjol.
Dan akhir sekali, tak adil jika penjaring gol terbanyak kita, Ngog tidak diberi peranan. Dia dah membuka mata beberapa pengkritik yang semberono (saya pun sama) yang menidakkan kebolehan dan peningkatan pemain muda Perancis untuk berjaya musim ini. Peranan beliau walaupun tidak seberapa ketika bersama Torres, namun ianya membuatkan bek lawan mengendurkan rantai untuk mengikat Torres sahaja. Bak kata orang berat sama dipikul dan penerajang bek lawan sama-sama dirasa.
Jadi harapnya kemenangan jadi pengubat kekecewaan di Liga Perdana. Kalau dah nampak ini sahaja peluang untuk cari piala, teruskan sampai jaya. Rasanya tak berbaloi dengan ganjaran untuk kejohanan ini, tapi apa boleh buat inilah sahaja kejohanan yang saya yakin, Hodgson tahu apa yang dia buat dan serba mengena.