
Dalam bolasepak Liverpool, banyak pemain yang kita tahu amat hebat macam Dalglish, Souness, Keegan, Rush, Hansen, tetapi bagi saya Carragher antara yang hebat juga antara semua. Sebab apa. Dia tidak ditakdirkan main bola zaman Hippies 70an atau zaman 80an yang merupakan era kegemilangan kita dipesada Eropah. Zaman malap yang beliau lalui sebagai pemain Liverpool tak pernah menjadikan beliau lemah malah mampu bertahan selama 14 tahun dalam persaingan Liga Perdana Inggeris. Nak cerita pasal pencapaian Carragher memang banyak. Dia dapat semua di England dan Eropah kecuali Liga Perdana.
Kehebatan beliau bukan sahaja dalam padang. Namun pemain hebat ini aktif dalam tanggungjawab sosial. Kita mesti tiru macam dia, bukan kira hal sendiri pergi kerja balik kerja,sampai tiada sumbangan untuk masyarakat. Carragher telah menubuhkan 23 Foundation untuk membantu masyarakat sekitar Merserside samada dari aspek kebajikan dan juga politik. Jadi maka benarlah bahawa Carragher adalah contoh terbaik ikon bolasepak kita.
Semalam adalah malam kenangan buat pemain hebat itu dan peminat Liverpool serta juga Everton. Perlawanan testimonial untuk mengenang jasa beliau telah diadakan di Anfield. Ramai kerabat lama di panggil. Tapi paling menyedihkan ialah bekas hero lama kita Owen telah diberikan sambutan dingin apabila di Boo oleh peminat kita. Kesian bila dengar macam itu kerana dia juga ada jasa kepada kita masa musim trebel 2001 dulu, tapi nak kata peminat salah pun tak juga sebab dia pergi dengan cara tak hormat. Sanggup tak mahu lanjut kontrak dan pergi ke Real Madrid dengan bayaran tak seberapa dan kita hanya dapat Pemain hampas sebagai saguhati. Kalau saya kat stadium pun mungkin akan tumpang sekaki.
Berbalik kepada perlawanan amal itu, yang saya tak tengok pun tup-tup tengok berita dah keluar keputusan. Tapi yang menarik dalam perlawanan yang berkesudahan 4-1, Carragher menjaring gol untuk dua-dua pasukan Merseyside itu. Memang jadi lawak pula apabila semasa Everton dapat penalti dan Yakubu siap-siap ambil lajak nak bubuh gol, tetiba Carragher terus berlari dan jaringkan gol kedalam gawang sendiri. Rupanya dia dah simpan hajat sebagai peminat Everton yang dia akan sumbat gol jika lawan Liverpool. Dan peluang keemasan ini dia ambil untuk menambahkan lagi keseronokan peminat dengan kegilaan beliau itu. Jadi memang perlawanan itu akan dikenang selamanya dalam lipatan sejarah kita peminat Liverpool dan apatah lagi Carragher.
YNWA Jamie Carragher
No comments:
Post a Comment