
Permusuhan tradisi antara pasukan kita dengan Man U selama ini, bukan sahaja dirasai oleh peminat dan pemain, namun ianya terbawa-bawa sampai ke pengurus juga. Ingat lagi semasa era Rafa, dia dan Fergie tak habis-habis mengutuk satu sama lain. Malahan sampaikan kerana tak tahan kena pyscho dengan Fergie kejuaraan terlepas begitu sahaja dua musim lalu. Itulah contoh betapa sengitnya permusuhan antara dua kelab elit di England tersebut.
Namun nampaknya sekarang perkara macam terbalik kuang. Pengurus kita yang baru dilantik ganti Rafa iaitu Encik Hodgson, tidak bermusuh dengan Fergie, malah dia adalah rakan baik. Saling berkunjungan satu sama lain dan saling bertukar-tukar fikiran dan idea. Dan paling menghairankan dia memuji-muji Fergie dan Man U kerana kejayaan mereka. Ramai peminat kita keliru dengan sikap Pak Cik Roy ini.
Bagi saya secara peribadi, ini mungkin kerana Hodgson tahu dia tidak akan terbawa-bawa sentimen permusuhan peminat dalam kerjaya beliau. Kerana tragedi Rafa telah mengingatkan beliau bahawa apabila marah menguasai diri fikiran akan keliru dan keputusan dibuat haru biru. Jadi dia akan bersederhana apabila membuat komen tentang seteru tradisi agar nampak profesional dan hanya akan menunjukkan taring dalam padang.
Saya juga ada rakan Man U ramai. Ada yang karat sampai tak boleh nak cuit dan komen (kutuk ler tu) pasal pasukan mereka tetapi ada juga yang neutral sampaikan dia boleh berbincang tentang perkembangan bolasepak kelab lawan dengan rasa muhibbah. Saya rasa dalam kes Hodgson, dia tahu membezakan keinginan peminat untuk mengatasi musuh tradisi dan persahabatan lama.
Jadi tak ada masalah samada Hodgson tidak bermusuh dengan Fergie atau Man U. Agenda kita kita adalah menang. Saya harap Hodgson tidak terlalu rendah diri dengan Fergie. Dia mesti bakar semangat anak buah untuk menewaskan musuh tradisi kita itu. Samada menggunakan sentimen permusuhan atau kaedah motivasi, tak kisah janji kisah tewaskan mereka.
No comments:
Post a Comment