
Kejutan hebat kali ini apabila pasukan kita tewas kepada pasukan Liga Divisyen 2, Northampton pagi tadi. Penentuan penalti dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 setelah 120 minit berlalu. Nasib menyebelahi Northampton setelah Ngog dan Ecceleston gagal sempurnakan penalti.
Pada sesi temuramah, pengurus kita Hodgson telah meminta maaf kepada peminat kerana keputusan diluar duga itu. Dia berkata pemain yang beliau masukkan tidak memberikan persembahan setimpal seperti yang beliau harapkan bagi mencabar pemain utama. Namun baginya ada juga beberapa kerat yang masih menunjukkan persembahan bertenaga.
Jadi kita boleh tafsirkan bahawa pemain simpanan dan pemain muda kita masih belum mampu sepenuhnya bermain sendiri tanpa kelibat seorang dua pemain senior utama. Contohnya ketika membelasah Steaua Bucharest, Joe Cole adalah pemangkin utama kemenangan kita, walaupun Spearing dan Ngog nampak bagus.
Brad Jones mungkin ingin melupakan aksi sulung beliau digawang, kerana tewas sebegini. Dia mungkin tidak mampu menandingi Cavaleari yang merupakan pemain no. 2 yang bagus dibelakang Reina. Kalau tidak masakan Cesena mampu berada di takhta Serie A serta mampu mengekang asakan AC Milan serta menang 1-0 dengan mereka. Saya yakin Jones perlu ambil Cavaleari sebagai contoh jika mahu kekal lama.
Saya harap keputusan memalukan ini takkan berulang untuk Piala FA nanti. Jika mahu letakkan pemain muda sekalipun sepatutnya berikan peluang beransur-ansur. Kita memang harapkan pemain muda ini akan menggalas cabaran untuk masa depan, tapi nampaknya masih jauh lagi perjalanan mereka untuk menjadi pemain utama.
aku dh mula sakit hati n meluat ngan pasukan liverpool...terutama pengurus baru..lawan pasukan divisyen dua. main pulak tempat sendiri, x kira la CUP penting tau x..hampeh...jangan lah nak mintak maaf bodo gitu je..kekalahan yang x bole d maafkan bagi aku, sapa x setuju aku x kesah..memang dah semakin badigol..pengurus kna bertanggungjawab
ReplyDeletekalah penalti je, bukan fulltime gameplay. wonder what will happen in istanbul if all liverpool fans mcm anon kat atas ni.
ReplyDelete"jangan lah nak mintak maaf bodo gitu je" habis nak mintak maaf mcm mana?
sama cam rafa..
ReplyDelete