
Kali ini Buletin Liverpoolkita ingin memfokuskan tentang pemain Portugal Raul Miereles. Seperti yang saya tulis sebelum ini, walaupun sekadar main 15 minit tapi lebih bermakna berbanding Lucas yang main 75 minit sebelum itu. Gaya permainan beliau amat mirip dengan Gerrard bukannya Mascherano mahupun Aquilani. Ini maknanya kita mungkin tidak akan terasa kehilangan Aquaman, walaupun dia hebat di Serie A.
Miereles telah memberikan ruang untuk kita optimis tentang masa depan. Walaupun kita sedar yang gandingan Lucas Poulsen adalah tersangat pasif, namun itulah hakikat taktikal untuk bermain ditempat lawan. Namun dengan cara itu juga Gerrard dan Torres terasing apabila setiap kali serangan dari bawah bermula. Lucas dan Poulsen jarang bertindak melakukan larian untuk menyerang dan kurang dinamik dalam mempelbagaikan rentak permainan. Sebab itulah kemasukan Miereles, telah mengubah segalanya. Poulsen sendirian dibawah menjaga pertahanan dan Gerrard dan Raul bergandingan mengembalikan rentak serangan.
Kita mahu lihat selepas ini gandingan Raul-Cole-Gerrard. Tapi masalahnya dari tiga diatas tiada seorang pun yang agresif. Jadi Poulsen berpeluang mengisi slot bertahan. Untuk itu alternatif untuk Miereles ialah samada bermain dibelakang Torres atau disebelah sayap kiri kerana dia sama macam Cole. Jangan risau dia pernah main disayap kiri bersama Porto dan memang bagus juga kat situ. Ini adalah kerana Jovanovic nampak macam tak reti nak heret bola ke tepi asyik- asyik nak masuk tengah balik.
Saya amat berharap Hodgson menggunakan kekuatan dan kebolehan Raul bersama pemain tengah lain semaksimum mungkin. Jangan ambil mudah dengan meletakkan Lucas kononnya untuk meminimakan risiko. Padahal apabila lawan tidak ditekan dari atas melalui pemain tengah dan gerakan menyerang bertubi-tubi, maka mereka akan berani bermain secara lebih terbuka. Kali ini mungkin kita terlepas kerana kehebatan Reina, namun jika bertemu Man U atau pasukan setara dengannya nahas dibuatnya. Torres tidak berupaya bergerak sendirian tanpa lorongan teman ditengah. Dia juga perlu pemain lain untuk ambil bebanan beliau untuk buat gol. Jadi Raul adalah senjata sulit kita untuk lawan Man U dan pastinya itulah yang kita mahukan dari pemain bertatoo ini.
No comments:
Post a Comment