
Keputusan seri tanpa jaringan dengan Brum adalah peluang untuk Hodgson menilai kembali kelemahan pasukan. Memang keputusan seri dalam jangkaan semua, tetapi kalau bukan kerana Reina sahih kita kena malam tadi. Dia kembali konsisten setelah main poyo dengan Sepanyol. Kali ini nampak sangat Torres masih kurang mantap dan mungkin juga kerana pengadil tidak melindungi beliau sehinggakan nampak sahih penalti pun tak diberi. Gerrard walaupun berdarah ditelinga namun masih berjuang, padahal tuhan saja yang tahu dia mungkin bermain dalam kebengongan. Paling mengujakan ialah Konchesky yang amat konsisten bertahan namun kecederaan beliau merupakan khabar sedih buat kita. Akhir sekali kita dah jadi tak sabar lihat aksi seterusnya Miereles yang hebat walaupun main tak sampai 15 minit. Harap dia akan gantikan Lucas buat selama-lamanya.
bila lucas kena ganti...tengah baru jadi nadi
ReplyDeleteSokong kekalkan Mrles
yeahhh no more Lucas, harap harap menderemnya tak jalan ngan pak cik Roy he he
ReplyDeleteKita kena akui bahawa skuad LFC masih belum mantap jika nak dibandingkan dengan Setan Merah,The Blues dan City. Namun aku yakin LFC pasti bangkit dan akan menunjukkan kemampuan sebenar apabila menentang Red Devils minggu depan.Dengan harapan Uncle Roy dapat menerapkan taktikal yang berkesan dan pemilihan pemain yang baik.
ReplyDelete