
Rupanya kebimbangan saya ada asas. Kita masih ditakuk lama dengan Hodgson. Dia mempunyai pemain yang bagus tetapi buntu dan kelam untuk meletakkan pemainnya diposisi terbaik mereka. Dan dia rupanya masih meneruskan tatacara beliau iaitu main sabar dan tunggu sampai nak habis baru pulun. Inilah yang tak menggembirakan kita apabila pasukan pelawat sebelum-sebelum ini sudah hilang rasa gerun dengan pasukan kita dan main macam kat kampung sendiri.
Pada perlawanan sebelum ini saya langsung tak menyentuh perihal keupayaan pengurus. Saya seakan berjanji tak akan mengkritik Hodgson sehingga akhir Disember untuk menilai sejauh mana dia akan bawa kelab kita samada keatas atau merudum kebawah. Namun kini sedikit demi sedikit saya mulai nampak yang Hodgson bakal mencelakakan kelab kita jika dia tidak mahu buat bedah siasat dan cari punca kemandulan taktik beliau. Saya takut apabila pemain utama cedera kelak, apa lagi cara nak buat sehingga Januari untuk perbaiki kedudukan liga.
Secara keseluruhan saya anggap formasi 4-4-2 adalah terbaik untuk main dilaman sendiri. Cuma kesalahan Hodgson ialah dia yakin pemain dapat adaptasi posisi masing-masing. Apa dia ingat semua pemain sama macam Gerrard boleh ikut suka nak letak kiri-kanan atas bawah. Apa kejadahnya Miereles disebelah sayap kanan padahal dia kidal. Ada baik letak dia ditengah dan Gerrad main kanan dan Kuyt boleh terus jadi penyerang. Atau pun dia boleh letak Mireles dikiri dan Cole main dilubang dan Kuyt kembali disayap kanan.
Namun apa yang saya nampak Gerrad sudah kurang bakat main sebagai pemain tengah. Dia sudah tua untuk mengejar, mengasak, membentes lawan. Kadang-kadang dia tersasul menghantar bola kebawah dan hampir menjahanamkan pasukan. Lagipun dia teramat diperlukan dalam unit serangan. Kalau Torres tak mampu jaring gol, maka Gerrard mesti sampai dari mana hala tak tahu tup-tup dah sampai depan gol dan berikan gol semangat buat kita. Itulah yang pengurus sebelum ini amat suka Gerrard disamping Torres.
Gol pertama amat melucukan dan penuh konterversi. Ianya diluar dugaan semua peminat kita apatah lagi peminat kucing hitam. Turner sebenarnya berharap, Mignolet akan ambil tugas melakukan sepakan percuma. Namun Torres telah mengambil kesempatan diatas kelalaian semua orang termasuk pengadil untuk merampas bola dan apatah lagi pengadil tidak tiup wisel dan melorongkan bola kepada Kuyt yang tanpa segan silu memasukkan bola kejaring gol Sunderland. Saya sendiri nampak bahawa Torres amat tajam dan licik dan mampu ambil kesempatan diatas keadaan itu. Tapi apakan daya tuhan maha adil. Poulsen pula tertampan bola dan penalti diberika buat Sundaeland. Reina hampir dapat tepis namun masuk juga celah ketiak.
Saya tak pasti siapa salah untuk gol Bent yang kedua. Salah pemain bek kiri atau Johnson. Namun yang pasti Johnson adalah petualang terakhir yang perlu ikat Bent. Namun siapa boleh nak rantai penyerang berpengalaman dan pantas sebegitu. Johnson kalau paling hebat pun mungkin boleh tolak Bent dan beri penalti kedua dan harap Reina boleh selamatkan, namun itulah hakikatnya apabila mempunyai pertahaan yang amat kureng abiliti tandukan apatah lagi dengan rambut macam penyannyi Raggae. Saya rasa prestsi Johnson makin tidak konsisten dan kerana saingan diposisi kanan hanyalah Kelly dan Darby. Dan paling menyakitkan hati dia juga sudah hilang arah ketika menyerang.
Tak kena jika saya tak sentuh pasal gudang gol kita, Torres kali ini. Dia selain melakukan hantaran untuk gol Gerrard tenyata amat pendiam untuk buat percubaan malam tadi. Saya akur jika kita dia dikatakan dirantai oleh Turner dan Bramble . Namun kadang kala saya nampak dia berada diposisi yang salah ketika bola dimainkan kepadanya. Sepatutnya dia kena main curi ayam (offside) untuk menakutkan bek Sunderland dan curi ruang apabila mereka alpa. Tapi apabila Ngog masuk barulah saya nampak Torres rasa selesa dan tidak banyak dirantai lawan, kerana Ngog telah menambahkan tekanan kepada lawan.
Walaupun kita seakan menggila sekitra 10 minit terakhir, namun Sundeland amat kebal. Saya rasa kita patut menang jika salah satu gol masuk, iaitu percubaan bola muntah dari Cole dan tandukan Agger ketika wisel hampir ditiupkan. Namun itulah kehidupan. Ianya sama macam waktu kita belajar dulu. Jika nak periksa baru nak buka buku dan harap soalan spot sahaja, maka peluang nak dapat cemerlang memang tiada, namun peluang nak bungkus memang cerah. Taktik pulun akhir waktu ini saya nampak memang berkesan juga kerana pemain lawan nampak letih, tapi pemain kita juga letih berlegar-legar tak tentu hala nak cari lubang yang telah dikambus.
Saya sebetuknya tak mahu awal sangat buat andaian lagi tentang masa depan Hodgson sebagai pengurus Liverpool. Kalau dia pergi tak sampai habis musim bermakna dia paling teruk berbanding Souness yang mampu juga dapat satu piala. Namun jika dia bernasib baik dan mampu buat kita sebagai peminat kembali gembira dengan keputusan dan peningkatan dari persembahan sedia ada maka dia akan kembali menerima sokongan padu. Namun bibit-bibit kerisauan tak boleh dibendung bahwa Hodgson bukannya jawapan untuk mengembalikan kegemilangan. Dia hanyalah kelasi yang disuruh timba air dari kapal yang bocor, bukannya Nakhoda pintar yang mampu perbaiki dan terus gah meredah lautan gelora.
bek kanan kita macam cibai
ReplyDeleteliverpool banyak kantoi kat bek kiri... tapi dari musim lepas lg aku menyirap ngan johnson tu... kita mempunyai bek kiri dan kanan yang lembab,
ReplyDeleteanyway kita tgk next game kalau roy tak gunakan formasi 442 dia memang jahanam he heee...