
Punyalah cari kot-kot Kaiser Hamman datang juga masa perlawanan testimonial Carragher , namun hampa. Dalam hati mungkin Hamann sibuk atau Carragher lupa nak jemput. Sebab apa Alonso dan Arbeloa walaupun tak sempat datang kerana bersama skuad Sepanyol, namun sempat mesej melalui Twitter, ucap tahniah dan minta maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan Carragher.
Setelah korek punya korek, barulah tahu yang Hamman memang sibuk. Ingatkan masih melatih skuad remaja bawah 16 tahun kita, rupa-rupanya dia kembali menyepak bola. Sekarang Hamman telah bersama Skuad MK Don yang dahulu dikenali sebagai Wimbledon atau mungkin lebih glamer dengan gelaran The Crazy Gang (Pasukan Budak Gila).Hamman bermain sambil melatih. Dia mengambil peluang ini untuk mendapatkan Lesen Kejurulatihan sambil dapat juga gaji buat bayar bil.
Dia telah menyatakan bahawa dia akan menetap di England untuk memulakan kerjaya baru dalam bidang kejurulatihan, apabila dapat lesen kelak. Mungkin dia ingin mengikut langkah Babbel yang lebih awal berani menjadi pengurus. Namun yang menariknya disini Hamann telah meletakkan sasaran untuk menerajui Liverpool suatu masa nanti. Ini adalah impian setiap bekas pemain kita namun beliau haruslah tidak terburu-buru. Biar lambat asal selamat, jangan pula terbabas diawal karier.
Saya berpendapat Hamann punyai karisma untuk menjadi pengurus terbaik jika nasib menyebelahi. Dia sepatutnya belajar dengan pengurus ternama seperti mana yang Mourinho dan Rafa lakukan. Saya rasa Hodgson tak ada masalah untuk terima Hamann menjadi salah seorang tenaga jurulatih beliau di Melwood. Pemain sebijak Hamann amat terkenal dengan disiplin taktikal yang hebat, namun jika beliau berjaya menurunkan kepakaran itu kepada pemain yang dilatihnya, masa depan karier kejurulatihan beliau akan cerah.
No comments:
Post a Comment