
Gol pertama Liverpool yang menjadi kontroversi malam tadi. Pengurus Sunderland kata tak aci, mana boleh kira. Tapi Badan Penilaian Pengadilan malam tadi mengesahkan yang Stuart Attwell memang adil dan tepat. Jadi kita tak perlu risau kerana sememangnya inilah rencah bolasepak mana ada pihak nak setuju apabila keputusan tak menyebelahi mereka. Padahal peminat Sunderland mesti ingat yang gol belon adalah tidak sah tetapi Liverpool tetap menerima keputusan pengadil dengan hati terbuka.
Walaupun nampak macam tiada semangat kesukanan, kata Bruce, tapi dah kena kat diri sendiri, kalau kena orang mungkin dia kata pi mampus kat hang.
Mari kita lihat situasi bagaimana insiden itu terjadi. Mulanya sepakan percuma diberikan kepada Sunderland. Turner sepak kebelakang, kononnya nak beri kepada penjaga golnya, Mignolet. Tapi Torres dengan sepantas kilat cilok bola hantaran itu dan lari kearah pintu gol. Tapi dia nampak payah nak buat gol dan Kuyt pun lari juga minta bola dan Torres pun lorong bola pada Kuyt. Apalagi Kuyt pun dengan senang jolok bola dalam jaring. Tapi masa nak meraikan gol itu dia dok ushar kat pengadil dan pengadil buat dek, dan barulah dengan konfiden gol itu diraikan. Manakala pemain Sunderland pula kerumun pengadil dan pengadil dengan tegas menolak bantahan itu.
Menurut buku undang-undang bolasepak. Apabila permainan dihentikan atas sebab-sebab kesalahan dan sepakan percuma diberi, pengadil akan berikan isyarat permaian dimulakan kembali. Ianya tidak semesti dengan membunyikan wisel, memadai dengan isyarat atau arahan. Bola berada dalam permainan apabila ianya disepak dan diubah dari tempat sepatutnya diambil. Jadi dalam kes ini, selepas Turner menyepak bola, itu dah kira permainan dah mula. Dan ianya dah berubah dari tempat asal ianya dibenarkan oleh Atwell. Jadi keputusan itu memang tepat dan tiada cacat celanya.
Jadi kalau insiden ini berlaku kepada kita. Kita sudah ada petunjuk dari kes yang sedia ada. Kalau kita dipihak seperti Liverpool kita kena gunakan insiden ini sebagai senjata untuk kecewakan lawan yang alpa. Namun jika kita dipihak macam Sunderland terimalah dengan hati yang terbuka dan tenang kerana kelalaian kita mungkin membawa padah.
No comments:
Post a Comment