
Sebelum ini kita didedahkan dengan perihal taktik bertahan dikawasan kubu iaitu pengawasan zon (zonal marking) yang acapkali digunakan oleh bekas pengurus Rafa Benitez. Namun kali ini saya ingin bawakan satu lagi taktik bertahan yang telah diguna pakai oleh pengurus baru kita, Roy Hodgson iaitu pengawasan pemain (man marking) atau istilah Azraai Khor, jaga pemain.
Dah nama pun jaga pemain, setiap pemain yang bertahan akan senantiasa mengawasi pergerakan pemain lawan yang disuruh oleh jurulatih. Secara umumnya pemain bek sisi akan jaga pemain sayap lawan dan bek tengah akan jaga penyerang. Itu jika dalam keadaan bola dalam permaian. Tetapi jika dalam keadaan sepakan bebas atau penjuru lain pula konsepnya. Setiap pemain tinggi akan cari pemain lawan yang tinggi dan rendah mungkin jaga ditepi gawang.
Namun secara umumnya kelayakan pemain pertahanan untuk bermain taktik ini ialah kepantasan, agresif serta cepat membaca pergerakan lawan. Tetapi bagi saya pemain yang ada sekarang adalah kurang sesuai dan perlukan masa untuk sesuaikan taktik tersebut. Mereka telah terdedah selama 5 tahun dengan taktik jaga zon, namun tiba-tiba kena pelajari kembali sistem ortodok jaga pemain. Kita lihat bagaimana Berbatov dengan selamba dapat cilok gol akibat ketidakupayaan sistem ini beroperasi.
Jangan anggap saya nak pertikai apa-apa sistem yang dibawa oleh Hodgson. Dia boleh sahaja guna apa sahaja yang dia mahu, tetapi peminat yang optimis diluar sana mahukan keputusan macam mee segera. Itu yang saya gusarkan. Tetapi bagi saya ada baiknya Hodgson kendurkan sedikit ego dan gunakan taktik zonal dulu dan apabila pemain bersedia baru guna bila tengok lawan yang mudah.
mmg best la baca blog nie...dapat fahami beberapa taktik dalam bola sepak...thankz sbb kongsi....
ReplyDelete