
Saya cuba memujuk hati supaya lupakan peristiwa ngeri di Old Trafford, telah hampir berjaya. Namun apabila dapat tahu bungkus lagi, pula dengan kelab hingusan Liga Divisyen 4, saya jadi bertambah rimas, risau dan rosot mengenangkan nasib malang bertimpa-timpa kelab kita. Apakan daya kita orang miskin, (macam dialog drama swasta lah pula) asyik kena buli dengan orang kaya saja.
Ah persetankan semua itu. Kita mulakan dengan positif bukannya negatif. Tapi jangan tersangat optimis dan jangan sangat pesimis. Laluan kita untuk kejar Chelsea mungkin terlalu tinggi impian, tapi setakat Man City dan Spurs mungkin masih tak jauh. Mereka juga ada masalah tersendiri. Man City masih kurang kerjasama dan Spurs keliru nak kejar EPL atau ECL. Jadi tapak pertama untuk bangun setelah rebah sebelum ini ialah menang dengan Sunderland.
Persoalan sekarang adakah Sunderland harus ditakuti setelah mereka mampu melepaskan diri dari hampir kalah dengan Arsenal. Bagi yang tidak melihat sendiri perlawanan itu mungkin boleh cakap macam lawan Northampton yang kita gerenti boleh menang walau main sebelah kaki. Tapi bagi saya silap haribulan kena sepak belon lagi kali ini. Mereka amat robes (roburst) dengan tak henti-henti asak Arsenal melalui sayap. Masuk pula Asamoah Gyan, lagi tambah aiskrim atas cendol, mantap meleleh air liur.
Ok. Henti disini dok puji lawan. Kitaorang pun bagus apa. Mungkin kena berusaha lebih. Prestasi kurang baik bukan kerana pemain semua tak bagus. Cuma saya nampak semangat perjuangan dah tak sekuat dulu dan ada beberapa pemain yang jiwa kacau. Saya tak pasti samada Agger kecewa dengan taktikal Hodgson, atau atas sebab tak dipilih, namun ianya tidak harus diperdebatkan. Biar Hodgson sindiri yang tentukan nasib pasukan. Dia tahu apa yang terbaik dan kalau tak menjadi pemain tidak harus dipersalahkan jika mereka telah melakukan yang terbaik.
Apakah kesebelasan yang rasanya Hodgson akan terapkan menentang Sunderland nanti. Rasanya jalan selamat ialah jangan bermain seperti lawan Man U. Tapi gunakan 442 dengan, masukkan Ngog bersama Torres. Gerrard dan Poulsen Ditengah dan Miereles dikiri dan Cole dikanan. Konchesky dan Johnson di sisi Skrtel dan Carragher. Reina akan kembali digawang. Ini adalah rasanya barisan terkuat kita buat masa ini sebelum Kuyt kembali. Namun jika bermain 451 mungkin nasib kita akan sama atau mungkin lebih teruk dari Arsenal.
Seperti biasa kita pasti mahukan kemenangan. Dan pastinya juga Hodgson dan pemain harus berusaha kearah itu. Kita tidak mahu sesiapa sahaja yang diamanahkan memakai jersi keramat merah, bernain sekadar makan gaji. Mereka harus main dengan terbaik dengan kebolehan yang mereka ada. Pengurus hanya boleh berikan panduan dan arahan, tetapi 90 minit adalah perjuangan yang harus dilaksanan dengan sebaiknya. Kami peminat takkan kecewa jika keputusan sebaliknya, namun lawan sampai rebah dan ketitisan air ketiak terakhir.
salam..saya harap lepas ni team kita menang ngan team sunderland...memulakan dgn langkah kanan dan terus berlari.
ReplyDelete