
1. Kita berjaya mengumpul mata tertinggi 86, mengatasi rekod 82 pada 2005-06.
Merupakan mata tertinggi sejak 1987-88.
2. Jika jumlah 86 diambil kira, maka kita mampu memenangi 12 dari 18 Kejuaraan Liga yang terdahulu.
3. Kita berjaya mengutip 14 mata dari pasukan 4 teratas (Big-4), musim ini. Ini mengatasi jumlah mata untuk 3 musim keseluruhan.
4. Jumlah jaringan 77 musim ini adalah yang terbaik sejak 1990-91, dengan jumlah yang sama dan juga berada di tangga kedua tetapi dibelakang Arsenal.
5. 16 pemain telah berjaya menjaringkan gol dalam liga musim ini. Hanya kurang 1 dari rekod terbanyak musim 1911-12.
6. Dalam kempen ini kita berjaya memperolehi perpezaan gol +50, terbaik sepanjang 21 tahun dengan rekod dipegang ialah +63 pada 1987-88.
7. Kita berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di Anfield musim ini yang merupakan yang ke-10 dalam sejarah Liverpool, dan kali pertama sejak 1987-88.
8. Berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah ditempat sendiri sebanyak 30 perlawanan, terbaik sepanjang 28 tahun dan keempat dalam keseluruhan.
9. 7 mata diperolehi musim ini melebihi musim kejuaraan terakhir kita pada 1989-90 (79 mata).
10. Menyamai rekod pada 1904-05 dengan memenangi 13 perlawanan tempat lawan.
11. 43 mata yang dikutip digelanggang lawan merupakan rekod terbaru kita.
12. Purata mata 2.26 dalam satu perlawanan adalah rekod kedua terbaik dalam 94 musim. Rekod adalah 2.33 mata pada 1978-79.
13. Sekurang-kurangnya 3 gol telah dijaringkan dalam 5 perlawanan berturut-turut semenjak 1987.
14. Dan Sekurang-kurangnya 3 gol juga dijaringkan dala 6 perlawanan berturut-turut, yang merupakan pertama kali berlaku dalam kelab kita.
15. hanya 2 kekalahan sahaja musim ini- rekod terbaik sejak 1987-88 yang juga dengan jumlah yang sama. Musim itu walaupun seri 12 perlawanan namun kita berjaya memenagi kejuaraan liga 9 mata mendahului Manchester United.
16. Kita menjadi pasukan pertama yang tewas hanya 2 perlawanan namun gagal menjadi Juara Liga.
17. Rekod kekebalan Chelsea 86 perlawanan di gelangang sendiri musnah oleh jaringan Torres.
18. Chelsea ditundukkan 2 kali buat kali pertama sejak 19 tahun.
19. Kita berjaya menjadi pasukan English kedua berjaya menang di Bernabeu.
20. Dan di Anfield pula Real Madrid menerima kekalahan terbesar 4-0 dalam Liga Juara-Juara Eropah.
21. Keseluruhan Real Madrid dihadiahkan kekalahan terbesar kejuaraan Eropah. Semenjak 20 tahun lalu.
22. Rekod 72 telah dipecahkan di Old Trafford dengan kemangan 4-1. Ianya juga buat kali pertama 4 pemain kita menjaringkan gol dalam satu perlawanan.
23. Rafa Benitez berjaya memecah rekod Bill Shankly dengan memenangi 65 perlawanan eropah.
24. Dan rekod Bob Paisley, menang 40 perlawanan eropah.
25. Rafa merekodkan 100 perlawanan liga dalam 181 perlawanan. Inanya ke-3 terpantas dalam sejarah Pengurus Liverpool dan 50 perlawanan lebih awal dari Alex Ferguson.
26. Liverpool hanya tewas 6 perlawanan keseluruhan dari 2 musim. Dimana Man U dan Arsenal berkongsi 9 perlawanan dan Chlesea 8 perlawanan.
27. Liverpool menjadi pasukan yang menjaringkan gol terbanyak musim ini dengan 77 gol dalam Liga, berbanding Man U, Arsenal dan Chelsea yang setiap pasukan menjaringkan 68 gol.
28. Akhir sekali, Liverpool merupakan pasukan yang memupnyai purata gol tertinggi dalam kesemua 4 Divisyen di England (1.93 gol setiap perlawanan) dalam musim ini kecuali Man U menjaringkan 9 gol menentang Barcelona atau Chelsea menjaringkan 6 gol dalam Final Piala FA.
No comments:
Post a Comment