Setelah menerima anugerah Pemain Terbaik Pilihan Peminat, sekali lagi Kapten fantastik, Gerrard telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan pilihan wartawan sukan pula. Dan sekali lagi saya ulang anugerah PFA Pemain Terbaik Tahunan yang telah diterima Giggs juga sepatutnya disapu oleh Gerrard. Ini kerana peminat dan wartawan adalah pemerhati dan penilai yang tepat bukannya golongan pemain yang kononnya profesional tetapi terlalu bersikap emosional dengan memilih kuda tua yang sudah lesu.
Terkini, 15 gol dalam Liga Perdana dan 23 keseluruhan telah menunjukkan siapa yang lebih layak digelar pemain terbaik. Bukan sahaja gol tetapi dari segi mutu permainan dan keseluruhan persembahan beliau telah menampakkan ciri-ciri seorang pemain hebat. Setiap gerakan dan keputusan beliau amat efektif sehinggakan pemain lain mendapat lorongan dan hantaran yang mudah bagi mereka meledakkan gol. Malah pemain seperti Kuyt dan Benayoun yang sebelum ini malap telah makin mantap dan menjadi. Ini adalah kesan dan pengaruh yang dibawa oleh Kapten Gerrard.
No comments:
Post a Comment