Kecederaan kaki bakal membuatkan Stuart Downing boleh melupakan hasrat beliau ke Anfield. Ini kerana setelah menjalani pembedahan beliau mungkin hanya pulih disekitar bulan Ogos depan. Itupun bergantung kepada nasib dan situasi kecederaan beliau juga.
Oleh itu saya sungguh berasa lega dengan berita ini. Saya sedikit pun tidak bersetuju jika Downing dibeli apatah lagi dikaitkan dengan perpindahan sekitar 12juta pound. Tiada apa kelebihan beliau berbanding Riera, cuma hantaran lintang beliau saja yang menjadi aset peribadi.
Jadi lebih baik tambah sedikit lagi dana dan cuba dapatkan Yuri Zhirkoz dari CSKA Moskva. Pemain ini sememangnya lebih berkaliber dan mempunyai skil dan corak permainan yang lebih hebat. Dengar cerita Chelsea akan cuba mendapatkan beliau jika mereka menjual Ashley Cole ke Real Madrid.
ni la komen ko dlu ttg downing so skunk ape cer LIVERPOOL kita
ReplyDelete