
Kesian Torres beliau telah ditempelak oleh bekas majikan beliau iaitu Presiden Atletico Madrid semalam. Ini kerana bekas majikan beliau berkata Torres telah memilih jalan yang salah. Sepatutnya katanya lagi Torres perlu bersabar di Calderon dan pasti masa depan beliau akan lebih gemilang dan terbilang. Ini kerana Liverpool dikatakan tidak menjanjikan sebarang kejuaraan musim ini hanya tempat ke Liga Juara-Juara sahaja.
Bagi saya kekecewaan pemilik Atletico itu tidak sama seperti apa yang kita rasakan apabila Steve Macca dan Mickey Owen berhijrah ke Real Madrid. Tunjang harapan kita telah pergi tanpa memberikan kita imbuhan berbaloi . Macca pergi dengan perpindahan Bosman, seciput duit pun kita tak rasa dari pemain sayap yang pernah ditawarkan oleh Barcelona 12 juta pound sebelum itu. Owen pergi Cuma diberikan saguhati 10 juta dengan percuma pemain tempelan, Albert Nunez.
Sekurang-kurangnya pemergian Torres digantikan dengan Garcia, pemain kecil berjiwa besar serta bayaran 20 juta pound. Dan jika diikutkan nilai dan prestasi serta reputasi Garcia saya rasa nilai beliau boleh mencapai harga asal 6.5juta yang di beli dari Barcelona. Malah pemain seperti Garcia amat diperlukan kerana beliau merupakan pemangsa ikan besar. Juventus dan Celsea serta Arsenal telah merasai penangan lil Luis.
Oleh itu saya rasakan Torres mungkin sikit tersinggung dengan komentar itu. Tetapi dengan prestasi terkini rasanya beliau tida perlu gusar yang Rafa akan membawa kelab ini kelaluan yang betul. Walaupun cabaran kita dalam Liga Juara-Juara hanya sampai ke Suku Akhir, namun di peringkat Liga kita masih membuatkan Man U tidak tidur lena. Prestasi kita semakin meningkat. Dari permainan berhati-hati kita telah berubah kepada corak serangan maut Kamikze mutkahir ini. Dengan momentum itu rasanya musim depan bakal memberikan harapan bukan saja kepada Torres tetapi semua peminat Liverpoolfc.
yup kita bg dia garsia apa....tp aku cian laaa kt luis garsia 2...dia 2 klu ada kay liverpool skrg mesti best....mesti chelshlt selalu terkencing dlm seluar ..
ReplyDeleterugi gak lepas garcia ...
ReplyDeletetp torres without question ...
mmg berada di kelab yang betul!
atletico jgn le mare ...
dah lamo sgt torres kat situ ...
lepas nie kebas Kun Aguero plak dr Atletico.. lagi terbakar la diorg.
ReplyDeleteksian owen....
ReplyDeleteynwa owen10
afiq_trulyREDZ
YNWA
sedih gak masa garsia kena tkar dulu.dh la dia nie comel.haha
ReplyDelete