Selalunya apabila perlawanan lain yang tidak melibatkan pasukan kita, saya kurang berminat menontonnya. Kalau adapun cuma sekadar melepaskan kebosanan. Mungkin ada orang fikir ada unsur jeles dan irihati, tetapi yang sebetulnya saya tiada fokus walaupun perlawanan tersebut dikatakan Perlawanan Terhebat dalam sejarah. Namun jika perlawanan Antarabangsa, pasukan kerdil seperti San Marino pun akan saya tonton.
Tetapi dalam pertembungan kali ini, disebabkan faktor Man U. Saya akan berusaha menonton dan menyokong dalam perlawanan Akhir ini, tetapi bukan kepada Man U.Cuma saya berharap pasukan Pep Guradiola dapat menempelak ego Man U dengan memberikan kekalahan buat pasukan yang menggelarkan diri mereka Syaitan Merah yang hebat. Rata-rata rakan terdekat saya semuanya akan menyokong Barca. Tak kiralah peminat Liverpool, Chelsea, Arsenal ataupun Hull, semuanya seakan terbawa-bawa persengketaan dalam Liga Inggeris untuk dipuaskan oleh kemenangan Barca.
Saya disini tidaklah fikir yang Barca dapat meng"ayam"kan Man U seperti yang selalu diungkapkan blogger Beemer. Ini kerana Chelsea juga walaupun dikerjakan oleh Barca ditengah padang, namun masih mampu mengekang Barca hingga keakhir perlawanan. Tetapi yang penting Barca dapat menang tipis awalaupun dalam sepakan penalti itu sudah memadai.
team yg leh ayamkan diaorg hanya liverpool ... hehehe!
ReplyDeletememang dah kena lanyak punnn...
ReplyDelete