Rafael Benitez masih lagi berharap agar Manchester United akan tersilap langkah dalam kempen Liga Perdana England selepas Liverpool kembali merapatkan jurang dengan kemenangan 3-0 ke atas Newcastle kelmarin.
Jaringan Yossi Benayoun dan Dirk Kuyt diikuti tandukan pemain gantian, Lucas Leiva menyaksikan The Reds kembali mengekori Red Devils dengan tiga mata di persada liga meskipun anak buah Alex Ferguson itu memiliki kelebihan satu perlawanan.
Benitez juga tetap mahukan anak buahnya bersiap sedia untuk menghukum sebarang kealpaan yang mungkin dilakukan United menjelang baki saingan musim ini.
"Masih ada banyak kesan positif daripada kemenangan ini," kata pengurus Liverpool itu.
"Kami masih menjaringkan banyak gol, kian menghampiri pendahulu liga itu dan masih tetap memberi tekanan ke atas mereka.
"Manchester United adalah sebuah pasukan yang memiliki pemain yang bagus dan mereka perlu melakukan dua kesilapan besar untuk membenarkan kami memintas mereka.
"Saya percaya mereka masih boleh melakukan kesilapan dan akan dipintas oleh kami.
"Apa yang kami boleh lakukan sekarang ialah terus mencatat kemenangan dan lihat bagaimana mereka hadapi tekanan ini. Kami perlu menang semua perlawanan kamu untuk melihat bagaimana ia akan memberi kesan kepada mereka di persada liga."
Begitupun, pada aksi kelmarin, Liverpool menerima tampa- ran hebat apabila Xabi Alonso mengalami lebam pada kakinya berikutan terjahan keras Joey Barton, manakala Javier Mascherano pula terseliuh buku lali- nya.
Namun, Benitez percaya kedua-duanya akan cergas menjelang kunjungan Liverpool ke West Ham.
Pengurus The Reds itu juga menjangkakan Fernando Torres akan diturunkan pada pertemuan dengan West Ham itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment