Kasihan juga dengan berita yang Babel ditunjukkan jalan keluar oleh Rafa. Tetapi apa boleh buat, adat dalam dunia bolasepak, kalau sudah tidak mendapat kepercayaan dari jurulatih, maka jalan yang terbaik adalah mencari halatuju baru.
Dengar saja berita tentang babel akan dilelong berpusu-pusu kelab yang diwar-warkan untuk mendapatkan beliau. Aston Villa, Arsenal, Juventus dan yang terbaru Spurs telah membuat perkiraan untuk menjadikan Bebal dalam skuad mereka. Mungkin mereka nampak kelebihan Babel berbanding Rafa.
Bagi saya jika perpindahan ini terjadi, ini memberikan kebaikan untuk kedua-dua pihak iaitu Babel dan Liverpool sendiri. Ini kerana Babel sudah tidak dapat memuaskan hati Rafa untuk diletakkan sebagai pemain utama. Dan Babel juga hanya kelab yang dapat menawarkan pakej gaji menarik dan memberikan jaminan tempat dalam kesebelasan utama mungkin dapat menjadikan Babel pemain mereka.
No comments:
Post a Comment