Pemain antarabangsa Sepanyol itu kembali beraksi Sabtu lalu ketika Liverpool menumpaskan West Ham 3-0, setelah berehat dua minggu.
Biarpun masih bergelut untuk memperoleh kecergasan sepenuhnya, Torres masih mampu mempamerkan aksi baik pada perlawanan tersebut.
"Kekejangan otot adalah masalah buat Fernando (Torres). Dia sudah mula menjalani rawatan fisioterapi minggu ini. Namun dia masih tidak lagi menjalani latihan bersama rakan sepasukan di padang.
"Saya merasakan dia akan hanya kembali berlatih secara normal bersama pasukan pada minggu seterusnya. Saya berharap agar dia kembali cergas pada dua perlawanan akan datang.
"Sejak Fernando dan Steven Gerrard tidak menjalani latihan secara normal minggu ini, mereka mungkin akan menjadi lebih tajam atau cergas.
"Namun begitu, kamu sudah boleh melihat kedua-dua pemain itu mampu memberi ancaman dan menjadi pengaruh yang sangat baik kepada pasukan," kata pengurus Liverpool, Rafa Benitez.
Torres telah menghasilkan 16 gol musim ini, berbanding 33 gol pada penampilan pertamanya bersama Liverpool tahun lalu.
Biarpun masih dibelenggu dengan masalah kecederaan, Torres berazam mewakili juara Eropah, Sepanyol pada persaingan Piala Konfederasi bulan depan. - AP
No comments:
Post a Comment