Berita gembira kembalinya Steven Gerrard diganti pula dengan kecederaan peha Fernando Torres. Walaupun tidak dipastikan Rafa akan merehatkan terus Torres dalam perlawanan malam ini tetapi khidmatnya amat diperlukan. Dengan Man U terus menggunguli tahkta dengan 6 mata, pastinya tiada ruang untuk kita tercicir mata. Buat kali terakhir hanya perlawanan ini bakal menentukan peluang kita untuk mengejar Man U. Walaupun setipis kulit bawang tapi harapan masih ada.
Alan Shearer dikatakan bakal menggunakan formasi 4-5-1 dengan menyendatkan bahagian tengah. Pastinya Viduka akan digunakan sebagai penyerang solo dan dibantu oleh Alan Smith sebagai pembantunya. Pemain lain sperti Butt dan Barton mungkin digunakan dibahgian tengah. Duff dan Gutierez akan memberikan seranagn dibahagian sayap. Barisan pertahaan pasti tidak berubah dengan gandingan Beye-Collocibi-Bassong-Edgar.
Harper yang telah pernah dicip Alonso, akan bermain digawang.
Diatas kertas skuad Murai nampak kaku dan boleh diratah. Tetapi saya tidak mengharapkan permain selesa seperti di St James park tempohari. Dengan komen Sherear yang mereka akan melakukan apa saja untuk menyekat bahagian serangan kita bermakna corak mereka akan lebih defensif dan keras. Tetapi apa yang merbahaya ialah kuda-tua mereka iaitu Viduka yang amat berbahaya ketika setpis, itu yang patut dijaga. Yang lain tiada masalah kerana skuad kita masih mempunyai kekuatan walaupun Torres tiada dalam kesebelasan utama.
No comments:
Post a Comment