
Akhirnya kegagalan untuk mendapatkan anugerah pemain terbaik pilihan juri yang kononnya Pro, terjawap apabila Gerrard dipilih sebagai Pemain Pilihan Peminat 2009. Sokongan peminat bukannya di England tetapi diseantero dunia telah meyakinkan semua bahawa, Gerrard adalah pemain terbaik didunia buat masa ini. Penilaian peminat memang tidak boleh disangkal, apatah lagi Gerrard telah dipuji oleh lagenda seperti Zidane, Barnes, Cascarino dan juga Kaka.
Walaupun musim ini bakal melihat pasukan kita hanya sekadar pencabar, tetapi sekurang-kurangnya kita masih digeruni lawan tiap2 kali nama Gerrard terdapat dalam kesebelasan utama. Dengan 21 gol keseluruhan musim ini, Gerrard merupakan pemangsa yang digeruni bukan sahaja dengan jaringan tetapi dengan semangat juang beliau sebagai Kapten Liverpool Fc.
No comments:
Post a Comment