LONDON - Barcelona merancang untuk 'membantu' Liverpool yang kini menghadapi krisis kewangan.
Juara Eropah itu dilaporkan mengemukakan tawaran £20 juta (RM111.8 juta) untuk membeli pemain The Reds, Javier Mascherano.
Barca menyampaikan hasrat mereka untuk mendapatkan kapten Argentina itu kepada penasihat Mascherano setelah mendengar laporan tentang akaun Liverpool yang mengalami kerugian £42 juta (RM234.8 juta) kelmarin.
Mascherano, 25, ketika ini masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun selepas dia berhijrah ke Anfield pada Januari 2007.
Barcelona pasti memerlukan khidmat Mascherano memandangkan mereka akan kehilangan dua pemain, Yaya Toure dan Seydou Keita selama dua bulan kerana dua pemain terbabit akan terlibat dengan Piala Negara-Negara Afrika nanti.
Situasi terkini Liverpool pula memungkinkan skuad bimbingan Rafa Benitez itu bakal kehilangan seorang lagi pemain, Xabi Alonso yang ditawarkan £24 juta (RM134.1 juta) oleh Real Madrid. - Agensi
nampaknya liverpool tidak akan jd pencabar kejuaraan liga untuk musim dpn jika setuasi mcm ni.....aku dah muak dgn masalah ni.
ReplyDeleteni bukan menolong ...
ReplyDeletetp menjahanamkan liverpool ada la ...
tak dapek la Barca ...
beli Masch aritu pun 18 juta pound ...
sekadar 20 juta tu buat beli kentut rafa buleh la ..
kalo masch ng alonso pegi memang panas hati aku.
ReplyDeleteyela,dua tonggak utama team hilang
makin kabur lah harapan liverpool nk menang liga mcm ni
giler ah,xkan nye la rafa nk jual dorg nie.
ReplyDeletekalo lucas tu dah jd standard macam alonso@masch mgkin jgak terjadi.