OK mari kita mula kajian kes terhadap Bek Kanan yang kita ada, Arbeloa, Carrgher dan Darby.
Arbeloa - Kekuatan atau kelemahan dibahagian tersebut tidaklah ketara kerana prestasi Arbeloa amat konsisten dan telah berjaya mengenepikan sentimen peminat terhadap penjualan bekas Mr Konsisten, Finnan. Malah Arbeloa telah berjaya menempatkan diri dalam skuad Sepanyol ketika ini walaupun bukan pilihan utama. Malah desas-desus terbaru kedua-dua kelab dari Madrid telah cuba menyeret Arby kembali ketanahair mereka.
Carragher - Ketiadaan Arby beberapa perlawanan kerana cedera dan digantung telah diisi oleh Carra. Walaupun lemah dari segi menyerang tetapi Carra cukup berpengalaman dalam situasi bertahan. Ini kerana posisi tersebut pernah beliau isi diawal kariernya. Malah musim ini beliau telah berjaya menjaringkan gol (walaupun dikira sebagai gol sendiri). Jadi Carra boleh digunakan sebagai bidan terjun terbaik untuk menggantikan Arby jika sesuatu aral berlaku.
Darby - Pemain muda ini boleh menyerang dan bertahan, tetapi tidak pernah dicuba Rafa dalam liga. Permainan beliau boleh dikatakan amat mirip kepada Rob Jones, apabila bermain bersama skuad simpanan. Merupakan kapten pasukan juara Piala FA remaja 2007. Patut diberikan peluang untuk melihat kemampuan Scouser muda ini.
PERBANDINGAN.
Glen Johnsen - Bekas pemain West Ham, dan Chelsea ini merupakan bek kanan terbaik Liga Perdana musim ini menurut juri awam. Kebolehan beliau adalah mampu menggerakkan serangan dari bawah dan menyerang serta menjaringkan gol. Kelemahan beliau adalah cukup mudah tertipah oleh pemain Sayap lawan kerana corak permainan serbu cam lembu. Oleh sebab itulah Chelsea terpaksa membawa masuk Ferreira menggantikan beliau. Dan nasib baiklah Arry Redknapp menaikkan kembali reputasi dan menggilap permata itam ini.
Jadi pendapat perbadi saya ialah Rafa mungkin membeli Johnson tetapi dengan harga yang dikatakan sekitar £18juta pound adalah sesuatu yang membazir. Sepatutnya wang itu boleh dibelanjakan untuk mendapatkan pemain serangan baru. Malah salah satu yang lebih merisaukan ialah dapatkah Glen J memberikan persembahan yang lebih meningkat bersama kita atau menjadi sebaliknya dan itu merupakan perjudian yang amat tinggi nilainya untuk dipertaruhkan.
No comments:
Post a Comment