"Kami telah membuat keputusan untuk berhenti menggunakan khidmat Nouzaret selepas mencapai keputusan tidak baik baru-baru ini.
"Selain itu, kami juga bersetuju bahawa dia akan mendapat bayaran gaji sebanyak tiga bulan, berbanding 20 bulan," kata Menteri Sukan Guinea, Fodeba Isto Keira, kelmarin.
Guinea mengalami dua kekalahan terdahulu kepada Burkina Faso dan Ivory Coast di persaingan kelayakan Piala Dunia.
Gaji Nouzaret yang dilaporkan menerima bayaran sekitar 23,000 euro sebulan (RM113,149) sebelum ini sudah pun menerima kritikan daripada ketua tentera junta yang merampas kuasa di Afrika Barat.
"Ia menjadi satu perkara yang sangat mahal dan pasukan kebangsaan ini juga tidak boleh kemana-mana.
"Kami telah mengambil keputusan ini untuk keselamatan diri Nouzaret sendiri. Dia tidak lagi akan bersama pemain-pemain dan peminat," tambah menteri tersebut.
Camara yang sebelum ini pernah beraksi bersama Guinea di Piala Kebangsaan Afrika 2004 akan turut memegang jawatan pengarah teknikal. - REUTERS
No comments:
Post a Comment