Berbanding pasukan terbaik yang diberikan oleh PFA yang rata-ratanya dikuasai oleh Pemain Man U, pasukan terbaik Actime Index lebih kepada pemain yang memperolehi mata tertinggi sepanjang perlawanan Liga musim 2008/09.
Jadi tidak hairanlah jika pasukan kita harus dinobatkan sebagai pasukan terbaik secara taktikal walaupun hanya mucul dengan naib juara. Dengan diwakili empat pemain disemua posisi iaitu Reina, Carragher,Gerrard dan Kuyt secara tidak langsung menampakkan pasukan kita cukup mantap musim ini.
Ranking pertama dipelopori oleh penjaring terbanyak Liga musim ini Anelka. Tetapi yang lebih mengejutkan ialah Mr Duracell kita, Kuyt telah berada ditangga kedua. Maka tidak hairanlah Rafa amat menyayangi Kuyt berbanding pemain lain.
No comments:
Post a Comment