Liverpool mempertaruhkan Xabi Alonso sebagai ‘ibu duit’ sempena perpindahan musim panas ini setelah kelab mewah, Real Madrid dikatakan berminat mendapatkan pemain Sepanyol itu.
Presiden Real, Florentino Perez mengesahkan minatnya terhadap pemain berusia 27 itu Ahad lalu tetapi menghadapi tugas sukar memujuk pengurus Liverpool, Rafael Benitez melepaskan pemainnya.
Benitez sebelum ini menolak tawaran RM140 juta untuk Alonso yang dikatakan sebagai tidak masuk akal dan jauh dari nilai jangkaan kelab. Namun memandangkan Benitez hanya mempunyai bajet RM110 juta musim panas ini, tawaran berkenaan penyelesaian terbaiknya jika mahu membawa masuk muka baru ke Anfield musim depan.
p/s : Nampak macam berita mengarut, tetapi silap haribulan Rafa terpaksa jual juga. Ini kerana iklim kewangan Liverpool dibawah koboi tua Hick & Gillet macam nak kemarau dan kering kontang.
No comments:
Post a Comment